Dikenali dengan gelaran Mak Bedah, wanita ini sangat licik memperdaya mangsa di sekitar Lembah Klang. Berusia 43 tahun, Mak Bedah dipercayai terbabit dengan puluhan kes penipuan.
Menurut Harian Metro, sebelum ini dia dikatakan melarikan diri bersama anaknya dengan menyewa beberapa rumah di sekitar ibu kota selepas tembelangnya menipu mangsa di negeri ini, tersebar.
Modus operandi yang digunakannya sama iaitu dengan menyamar sebagai kerabat raja, bekas isteri pelakon era 1990-an dan mendakwa menghidap penyakit jantung untuk menarik simpati.
Mangsa terbaru dikenali sebgai Liza berkata, "Wanita itu memperkenalkan diri sebagai Puteri Aida Asyikin dan mahu menyewa bilik itu. Puteri memasukkan RM3,240 ke akaun adik saya sebagai pendahuluan, tetapi apabila disemak wang itu tiada dalam akaun."
Tambahnya lagi wanita penipu itu meminjam ratusan ringgit daripadanya dalam tempoh berkenaan dengan alasan semua akaunnya disekat dan berjanji membayarnya semula apabila masalah itu selesai.
Sumber : kaki share
Blogger Comment
Facebook Comment