Sepuluh tahun lalu, Kanwal Qayyum yang berasal dari Pakistan mencapai impian bila diterima oleh syarikat penerbangan untuk menjadi seorang pramugari.
Namun, tanpa disangkakan, disebabkan cemburu dengan kejayaannya menjadi seorang pramugari, rakan baiknya sendiri bertindak menuang cecair asid pada mukanya ketika wanita itu sedang tidur.
Akibat tindakan itu, muka Qayyum melecur teruk.
Selama sepuluh tahun ini, dia menjalankan beberapa kali pembedahan dan baru-baru ini Qayyum memaparkan gambar mukanya sebelum dan selepas pembedahan dijalankan di facebooknya.
Ia telah mendapat reaksi pelbagai dan tak kurang yang berasa terkejut dan mengagumi wanita ini. Menurut laporan Mirror di UK, Dr Asim Shahmalak seorang pakar penanaman rambut berkata, Qayyum adalah seorang wanita yang paling berani.
Untuk rekod, walaupun asid sulfurik adalah sejenis bahan mineral yang mempunyai kuasa hakisan yang kuat, tetapi di Pakistan, sebotol asid sulfurik dapat dibeli hanya dengan kira-kira 90 sen.
Sumber : kaki share
Blogger Comment
Facebook Comment