Semalam viral di media sosial tentang bilangan biji hitam menyerupai 'telur katak' pada tangkai uri adalah bersamaan bilangan kebolehupayaan untuk mengandung. Pos tersebut mendapat 10K share, 15K komen & 4.6K like.
Saya rasa terpanggil untuk menulis apakah sebenarnya biji hitam itu dan betulkah info viral tersebut. Boleh bantu share penulisan ini sehingga 10K share?
Tangkai uri (umbilical cord) menyambungkan antara ibu dan anak dalam kandungan. Ia mempunyai 3 saluran darah iaitu 1 vena dan 2 arteri.
Vena membawa darah yang mengandungi oksigen dan nutrien dari ibu kepada anak kandungan. Arteri kemudiannya membawa darah yang 'telah digunakan' oleh anak kandungan kepada ibu semula untuk di'topup'.
Saluran darah ini berbentuk lingkaran (coil atau spiral). 1 lingkaran bermaksud 1 pusingan lengkap 360°. Jumlah lingkaran bergantung kepada berapa panjang tangkai uri dan berapa rapat jarak antara lingkaran.
Ketika bersalin, selepas anak dilahirkan, 2 clamp akan diletakkan pada tangkai uri, dan potongan akan dibuat di antara 2 clamp. Tiada rasa sakit kerana tangkai uri tidak mempunyai saraf. Setelah clamp, peredaran darah dalam vena dan arteri terhenti.
Apabila peredaran darah terhenti, mekanisma pembekuan darah akan diaktifkan dan semua darah dalam saluran darah pada tangkai uri akan membeku.
Namun jumlah darah sepanjang saluran darah adalah tidak sama, maka saiz dan tona warna 'biji hitam' itu juga adalah berbeza. Sebab itu anda akan nampak beberapa tempat mempunyai 'biji hitam' atau darah beku yang lebih prominen (saiz lebih besar atau warna lebih gelap) berbanding yang lain.
Anda juga akan nampak 'biji hitam' ini berselang seli dengan 'bahagian putih', namun, jika anda pusing tangkai uri itu 180°, anda akan nampak 'biji hitam' di belakang 'putih' tadi kerana saluran darah ini berbentuk lingkaran. Jarak antara selang seli atau lingkaran ini tidak sama kerana apabila uri berpisah dengan tubuh ibu, tangkai uri ini akan memanjang.
Seperti yang dinyatakan di atas, satu lingkaran ialah satu pusingan lengkap 360° atau secara ringkasnya adalah jarak antara 2 'biji hitam' Jumlah lingkaran adalah tidak sama antara individu kerana ia bergantung kepada berapa rapat jarak antara lingkaran dan berapa panjang tangkai uri.
Tak percaya? Tengoklah tangkai uri selepas bersalin nanti. Pusingkannya 180° dan 360° dan anda akan nampak sebenarnya 'bahagian hitam' itu adalah sepanjang saluran darah dan berbentuk melingkar atau spiral, cuma ia berbeza saiz, tona warna dan jarak.
Mohon bantuan pembaca untuk share beramai-ramai supaya informasi ini tersebar luas.
Artikel berkaitan:
Sumber : GengViral
Blogger Comment
Facebook Comment