Ramai wanita berpendapat apa yang mereka gayakan nampak cantik di mata lelaki. Tapi sebenarnya ‘JELIK’ dan paling dibenci oleh lelaki.
Walaupun penampilan anda tu nampak OKAY, tapi anda perlu tahu apa yang lelaki suka dan paling mereka tak suka.

1. Pakai gincu merah tak kena tempat
Takut-takut nanti anda ditinggalkan kekasih dek kerana gaya anda yang tak kena tempat tu nanti!
1
Bagi lelaki gincu merah memang cukup seksi dan menyerlah. Tapi biarlah pakai kena pada tempatnya. Kalau masa pergi dinner ke, majlis-majlis ke okay la juga. Tapi, kalau nak lepak kedai kopi je, macam tak sesuai je.

2. Pakai cermin mata terlalu besar


2
Sekarang ni memang tren pakai cermin mata besar. Lelaki sukakan wanita yang memakai cermin mata kerana mereka dianggap bijak. Tapi kalau pakai cermin mata besar tak kena dengan wajah, memang TAK OKAY!

3. Pakai pewarna kuku setiap masa

3
Memang wanita gilakan pewarna kuku. Kalau boleh setiap hari nak bertukar-tukar warna. Tapi lelaki tak sukakan wanita yang memakai pewarna kuku setiap masa. Warna kuku tu sendiri dah cukup cantik bagi mereka.

4. Pakai mekap terlalu tebal

4
Jangan berharap untuk lelaki suka dengan wanita yang suka memakai mekap tebal. Lelaki akan anggap wanita yang memakai mekap adalah seorang yang tiada keyakinan diri dan menyorok kekurangan diri.

5. Pakai pendakap gigi hanya sekadar fesyen

5
Ni mesti ramai yang terasa. Dekat Instagram tu banyak dah dok promote tentang pendakap gigi palsu. Apa yang cantiknya pakai pendakap gigi? Lelaki paling tak suka wanita yang pakai pendakap gigi hanya kerana suka-suka. Gila FAKE!

6. Lukis kening tebal macam Shin Chan!

6a
Lagi satu perkara yang wanita obses ialah melukis kening. Tak salah nak melukis kening. Tapi kalau lukis tebal-tebal macam watak kartun animasiShin Chan, cantik ke tu?