Bila sebut je sikap pemandu Malaysia di jalan raya, memang rasa nak sumpah seranah maki hamun segala yang boleh.
Mana tidaknya, kalau kita sendiri jadi pemandu berhemah, tapi berdepan dengan pemandu yang mempunyai mentaliti kelas ketiga, memang angin satu badan.
5 perkara ini memang membuktikan bahawa pemandu Malaysia tak cukup akal!Baru-baru ini, seorang jurufoto profesional yang dikenal Eddie Putera, memuat naik video di Facebook, kongsikan tentang sikap pemandu Malaysia yang sangat teruk.
1. Guna laluan kecemasan sebab nak cepat
Ini masalah ‘bodoh’ pemandu Malaysia. Bila dari jauh dah nampak jalan sesak, mula pasang lampu kecemasan ikut laluan yang tidak sepatutnya. Macamlah korang tu orang penting dalam negara.
2. Tak reti nak bagi pejalan kaki melintas
Kalau di luar negara, walaupun bukan di tempat pejalan kaki melintas, pemandu akan tetap berhenti dan beri laluan. Tapi di sini, bila nampak orang nak melintas, tekan hon terus laju je.
3. Tak reti nak mengalah di laluan sempit
Ini lagi satu hal. Bila jalan di laluan sempit. Kalau orang tu ada ‘otak’ dia akan berundur dan bagi laluan. Tapi, kalau dapat yang tak ‘berakal’memang sampai esok pun tak jalan.
4. Sanggup double parkdari cari parking jauh
Tahu lah Malaysia ni ramai ‘orang gemuk’. Kalau boleh nak cari parking dekat dengan pintu masuk. Ada yang sanggup double park dari cariparking jauh sikit.
5. Langgar lampu merah macam jalan tu korang punya
Korang yang langgar lampu merah tu bukan je bahayakan nyawa korang, tapi nyawa orang yang tak bersalah. Berapa banyak kes langgar lampu merah sampai menyebabkan orang lain maut.
Sumber : hanasuva.com
Sumber : hanasuva.com
Blogger Comment
Facebook Comment