'Awak baru setahun jagung, jangan cakap banyaklah' - kata Nazri kepada Menteri Sarawak


KUALA LUMPUR - "Awak baru setahun jagung, jangan cakap banyaklah," demikian kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz kepada Menteri Pelancongan, Kesenian, Budaya, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah supaya menjaga mulutnya sebelum mengeluarkan kenyataan terhadap Putrajaya, lapor Free Malaysia Today

Abdul Karim dalam kenyataannya yang disiarkan oleh Borneo Post berkata, cukai pelancongan yang bakal dilaksanakan, contoh Putrajaya mengenakan undang-undang-undang ke atas Sarawak tanpa rundingan. 

Nazri menganggap Abdul Karim menteri 'setahun jagung' dan menasihatkan menteri Sarawak itu bertemu dengannya sebelum membuat sebarang kenyataan. 

"Saya pun menteri Barisan Nasional. Saya jadi menteri bukan setahun dua. Jumpa saya, awak baru setahun jagung, jangan cakap banyaklah," katanya memetik laporan dari Free Malaysia Today

Dalam laporan itu, Nazri berkata, soal mengambil wang Sarawak tidak berbangkit kerana cukai pelancongan itu akan memberikan manfaat besar kepada Malaysia Timur. 

"Saya boleh kira bilangan hotel lima bintang  di Sarawak dengan satu tangan sahaja. Kebanyakan hotel lima bintang berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka. 

"Kalau kamu mahu kira jumlah bilik yang ditempah setiap hari, 75% di Semenanjung, manakala Sarawak hanya 20%. Jadi Semenanjung yang beri duit pada Sabah dan Sarawak bila ada cukai pelancongan ini. 

"Wang itu juga akan dibahagian secara sama rata mengikut wilayah dan bukan negeri kerana tidak adil kalau Perlis menerima jumlah yang sama banyak dengan Sarawak," katanya. 

Sementara itu, Abdul Karim menasihatkan Nazri agar lebih bersopan santun bila berbicara terutamanya pada bulan ramadhan.

"Saya tidak ambil hati. Apa yang saya lakukan adalah berdasarkan undang-undang dan berdasarkan pengetahuan saya sebagai peguam serta demi menjaga kepentingan Sarawak," katanya.

Karim sebelum ini berkata, Sarawak perlu dikecualikan daripada cukai pelancongan itu, mengundang kemarahan Nazri yang berkata Sarawak tidak banyak hotel dan oleh itu hasil cukai itu boleh menguntungkan Sarawak.

Menurut Karim, walaupun perkara berkenaan pelancongan tidak dibutirkan dalam Perjanjian Malaysia 1963 dulu, semua pihak dalam perjanjian itu perlu menghormati kepentingan satu sama lain. 

"Putrajaya gagal berunding dengan Sarawak ketika meletakkan soal pelancongan di bawah bidang kuasa persekutuan. Kami bukan menentang kerajaan persekutuan, kami cuma mahu mereka berunding kerana terdapat beberapa perkara yang perlu sedikit sebanyak diselaraskan," katanya. 


Sumber : GengViral
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close