Aksi Berani Mati Pengawal Keselamatan Warga Nepal Buat Netizen Rasa Kagum


Menjadi pengawal keselamatan bukanlah kerja mudah seperti yang disangka kan. Kerjaya seperti ini sememangnya memerlukan keberanian kerana sentiasa terdedah kepada risiko.

Hal ini terbukti apabila satu rakaman video insiden membabit dua lelaki tempatan dibelasah pengawal keselamatan berbangsa asing mula tular di media sosial sejak beberapa hari yang lalu. Nak tahu kenapa dua lelaki tempatan itu dibelasah?

Menerusi rakaman CCTV, pada mulanya dua lelaki tempatan itu cuba memasuki kawasan sebuah pangsapuri namun dihalang oleh pengawal keselamatan tersebut. Pengawal tersebut bertanya dengan cara baik apakah tujuan mereka berdua ingin masuk ke premis tersebut namun dua lelaki itu secara tiba-tiba cuba berlagak samseng dan memarahi kedua pengawal itu.

Salah seorang dari lelaki tempatan itu kemudian menolak badan seorang pengawal keselamatan hingga terjatuh. Tindakan biadab itu telah mencetus pergaduhan di antara mereka.

Aksi berani kedua-dua pengawal tersebut yang tangkas dan handal berlawan membuatkan netizen kagum.

“Ini lah Nepal yang korang hina selama ni, tengok diorang sanggup taruhkan nyawa untuk jaga keselamatan korang kat luar sana,” kata salah seorang dari netizen.


Difahamkan pengawal tersebut merupakan warga Nepal berketurunan Gurkha. Jadi tidak hairanlah mereka sangat berani dan handal bertumbuk. 

Kepada yang belum tahu tentang sejarah bangsa Gurkha, bolehlah mulakan pencarian di Google tentang askar Gurkha yang pernah menjadi tentera upahan negara-negara Eropah ketika perang dunia kedua dahulu. 

Kesetiaan, keberanian serta kehandalan mereka ketika berperang membuatkan askar Gurkha menjadi antara yang paling digeruni musuh suatu ketika dulu. 



Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close