Apa yang aku nak isu kan ni lebih pada kehidupan rumahtangga. Untuk perempuan dan bergelar menantu. Kau belajar tinggi ka, rendah ka, ada jodoh pasti akan bergelar menantu. Sekali lagi aku nak tegaskan aku nak confess pasal menantu perempuan. Pasal mak2 mertua tu, kita ketepikan dulu.
Sebelum aku tulis lebih panjang, biar aku perkenalkan diri dulu. Aku perempuan. Sudah sepuluh tahun aku bergelar menantu. Cuma ada mil, ipar duai dan biras2 yang agak ramai. Cecah angka belas jugak la. Sebab famili suami aku agak besar. Fil dah tak ada sejak suami aku sekolah menengah lagi. Perlu aku jelaskan juga, aku sekarang sedang menunggu tarikh untuk naik court sebab suami aku nekad nak ceraikan aku sebab dia dah jumpa calon yang lebih baik dari aku barangkali. Cukup setakat itu. Ada sebab aku kena bgtau status aku sekarang. Ada kena mengena bila kau jaga hubungan baik dengan keluarga mertua. Teruskan membaca.
Selalu jugak aku ke page2 yang confess pasal masalah rumahtangga. And mostly sebab duit, sebab pasangan curang dan masalah keluarga mertua. Jadi aku nak fokus masalah keluarga mertua. Biasanya menantu lelaki takda masalah sangat dengan mertua. Menantu perempuan dgn ibu mertua yang kerap masalah. Macam mengiakan je pepatah ni, ‘musuh wanita adalah wanita sendiri.’
Sekadar panduan buat wanita2. Kita ni kalau masuk dalam famili mertua kena pandai2 bawak diri. Perangai zaman bujang yang tak berapa elok, bila dah kawin, tinggal2kan lah.
Kerap sangat aku baca menantu perempuan complain itu ini pasal famili mertua. Ada jugak famili mertua complain pasal menantu. Moga2 tips kat bawah ni membantu la ye. Sebab ini yang aku praktikkan bila balik rumah mertua. Bukan sebab aku sengaja nak kata aku ni menantu yang baik ke apa, tapi ni memang mak aku ajar aku sejak kecil lagi. Jadi benda ni dah jadi kebiasaan buat aku walau kat mana pun aku pergi.
1) Bangun awal
Adik2, kakak2 balik umah mertua bangun la awal pagi. Muslim kan? Bangun la solat subuh. Lepas subuh tak payah la tido balik. Bangun pi selongkar apa yang ada kat dapur. Tak salah kan cari apa2 bahan kat dapur untuk sediakan sarapan pagi untuk famili mertua. Cuci pinggan mangkuk semua. Sapu2 sampah. Benda2 ni sebenarnya rutin harian kita kat rumah sendiri. Jadi bukan masalah besar bila kat rumah mertua kan?
2) Rumah mertua kotor?
Selalu jugak aku baca confession, menantu perempuan malas nak masuk dapur sebab geli. Dapur kotor. Hrmmm… Kalau dah tahu kotor, kenapa kita tak bersihkan? Kadang2 dapat mil yang dah tua2 ni, dia orang tak larat nak ‘berkisah’ buat itu ini. Jadi tak salah kan kita sebagai menantu yang muda lagi, sambil2 masak kat dapur sental kat mana2 yang kotor. Kalau bekas gula kopi berdebu, garam kunyit berkulat, ambik kain basah lapkan bersih2. Tanya mak mertua kot2 ada bekas baru yang bole nak tukar. Kalau dapur melekit, lepas masak sapu sampah, tanya mak mertua, mana mop lantai. Mopkan. Bilas 2, 3x. Mudah sebenarnya kalau kita yang sanggup usahakan.
3) Menantu suka terperap dalam bilik.
Aku tak tahu la apa sebab menantu perempuan suka terperap dalam bilik sampai sanggup tunggu time mertua hidang makan baru nak keluar. Bila mertua jeling dengan ekor mata, mula kata mertua tak suka. Hakikatnya salah sendiri. Kalau yang guna alasan bf baby, aku pun pernah bf baby. Time baby tido bangun la keluar bilik. Jenguk kat dapur. Mintak la suami tengok2kan anak2. Kat rumah sendiri sempat je masak walaupun bf baby. Kenapa kat rumah mertua tak menyempat pulak? Kena pandai2 la. Tak tahu masak bukan alasan. Time ni la nak pikat hati mertua. Tak mampu nak masak, tolong la cuci pinggan, potong bawang, potong sayur. Sambil2 tu tanya resepi kat mertua. Katakan la yang mak masak hari tu sedap sangat. Haa… mau tak kembang hati mertua. Silap2 kau tak payah masak. Haha..
4) Jangan sibuk masalah dalaman famili mertua.
Jangan masuk campur masalah adik beradik sebelah suami. Kunci mulut. Kalau dia orang dok berkumpul menyembang masalah famili dia orang, kau lari ja jauh2. Jangan kau nak menyampuk pulak. Tapi kan, ada jenis biras yang jenis suka menyibuk. Haha.. Nanti dia datang kat kau, mula la dia cuit2 nak bukak ‘kalam’. Yang ni pun kau kena elak. Biar dia orang ja setelkan. Kalau kau nak komen jugak, cukup di depan suami kau saja. Sebab aku lihat sendiri besar kesannya bila kita masuk campur masalah famili mertua. Ni terjadi pada biras aku. Selamat la aku ni jenis pegang prinsip kurang bercakap, lebihkan kakitangan yang bergerak. Walaupun hakikat sebenar aku ni peramah orangnya. Mulut orang kita tak boleh percaya. Hati orang pun kita tak boleh jangka. Sebab tu kena hati2 bila bicara.
5) Ni point yang paling penting. Sangat2 penting. Kita sebagai menantu perempuan, selalu ingatkan suami supaya jaga ‘syurga’dia. Siapa ‘syurga’suami? Mak dan ayah mertua kita. Ingatkan suami kalau ada rezeki lebih, jangan lupa hulur kat mak ayah dia. Balik kampung, kalau ada duit lebih atau kalau kita ni isteri bekerja ada duit, tak salah kita pi tengok2 kat dapur rumah mertua, check apa yang tak ada. Minyak ka, beras ka, tepung ka, gula ka. Kalau dah kurang, list kan. Bagi kat suami suruh pi beli. Atau kita ajak mertua pi shopping sekali. Kalau kita ni duduk kat tempat lain, bila balik rumah mertua, sebelum tamat cuti, tinggalkan rumah mertua dengan peti sejuk yang dah kita penuhkan. Belikan ikan, ayam, sayur semua. Mertua pun tak perlu nak ke pasar dua tiga hari sebab kita dah belikan.
Kalau ada terasa hati dengan mertua, setakat benda kecik tak perlu la keterlaluan nak isu kan benda tu pada suami sampai suami sendiri jadi tersepit. Takut nanti sebab sayangkan kita, dia tempah tiket ke neraka. Kata nak kekal bahagia till jannah… Nak jumpa suami kat syurga kan? Jadi jangan la buat sesuatu yang mendorong dia ke neraka.
Cukup setakat point ni saja. Ini cuma sebahagian yang aku cuba senaraikan. Yang lain2 belum muncul kat kepala lagi dan aku tak terfikir nak buat part II. Aku bukan sekadar senaraikan, sebab benda ni memang aku buat bila balik rumah mertua. Benda ni juga aku buat bila kat rumah aku dan rumah mak aku. Aku dah terbiasa diajar macam ni. Sampaikan mil aku kata aku menantu pertama pegang mop lantai kat rumah dia. Anak perempuan dia pun tak pegang. Haha.. Aku pulak naik segan bila mil cakap macam tu. Nak buat macam mana. Dah lantai kotor, takkan nak biar.
Kadang2 ada uncle Cina naik moto datang jual ikan. Aku keluar beli ikan, udang untuk mil aku dah kebetulan suami aku tak ada. Uncle tu tanya ni sapa, cucu ka? Mil aku kata menantu. Uncle kata aiyaa… ini bukan menantu. Ini dah macam anak bole beli ikan untuk mak. Sekali mil aku jawab, menantu pun dah macam anak sendiri. Sebak jap aku dengar.
Kesan dari apa yang aku amalkan di atas, aku dapat bina hubungan yang baik dengan mil, dengan ipar duai. Dia orang selesa dengan kehadiran aku. Saat rumahtangga aku diuji, aku faham bila dia orang memilih untuk kami setelkan sendiri tanpa dia orang terlibat sama. Awal2 memang aku sedih. Tapi bila ipar aku ada tanya khabar aku, mil aku menangis saat aku mengadu, anak buah suami aku menyatakan rindu pada aku, aku rasa semua tu memadai. Aku tahu dia orang sayang aku dan dia orang sendiri tak setuju dengan tindakan suami aku. Tambahan lagi dalam banyak2 famili besan, famili mil aku paling rapat dengan famili aku. Tapi apa boleh buat. Paling tidak aku tahu, dia orang support aku.
Cuba fikir kalau kita tak jaga hubungan baik dengan keluarga mertua. Agaknya suami cari lain, lagi dia orang sokong agaknya. Kalau bole nak tolong cari calon gantikan tempat kita. Memang selalu jadi macam tu.
Aku sekadar berpesan, kalau kita mahukan sesuatu yang baik, kita kena mulakan sesuatu dengan baik. Andai kata selepas kita melakukan kebaikan pun tak mendatangkan hasil yang baik, jangan menyesal. Kita hidup di dunia bukan sekadar mencari penghargaan manusia, tapi juga di akhirat. Jangan pernah rasa pengorbanan kita berbuat baik pada keluarga mertua sesuatu yang sia2.
20, 30 tahun nanti pun kita akan bergelar mertua. Jangan biarkan sesuatu yang buruk tu sentiasa berputar balik pada kita. Kita harus bertindak hentikan putaran tu.
InsyaAllah, kalau kita ikhlas, kalau kita redha, Allah akan gantikan rasa bahagia yang berkali ganda kemudian hari.
Sumber : kaki share
Blogger Comment
Facebook Comment