Lelaki Ini Luah Hilang Respek Kepada Jemaah Tabligh


Tanggapan masyarakat mengenai Jemaah Tabligh ini yang sering kita dapati berbeza-beza. Ada yang menganggap gerakan jemaah Tabligh sesuatu perkara yang baik kerana mereka mengajak orang lain supaya mengimarah rumah Allah dan mendalami hal-hal agama. Namun, lain pula ceritanya dengan bekas seorang pelajar UIA ini yang mengaku mula hilang respek pada golongan Tabligh kerana beberapa perkara.

Aku bekas pelajar UIA. Abah aku orang tabligh. Mak aku? Dulu tabligh suam suam sekarang langsung tak. Aku dah nikah. Ada wife. Ada anak. Family in law aku pun orang tabligh tapi tak suam suam gitu. Wife aku? Pelajar madrasah pakai niqab tapi bukan tabligh

Aku ada benda nak cite yang jadi kan aku hilang respect dengan orang yang bawa tabligh ni. Aku tak salah kan langsung tabligh, sebab aku tahu tabligh ni benda mulia. Aku pun pernah join kuar 3 hari semua tu. Kuar 40hari tu. Tapi semua tu stop sampai situ je. Sebab kan aku jadi hilang respect sangat sangat.

Sebab apa? Sedih kan. Ye lah. Mak aku dulu ada join taklim umah sorang ustazah ni. Famous kat kawasan aku. Anak dara dia ramai. Sekarang semua dah kawen. Adik aku join sekali. Bila balik dari taklim tu mak aku senyap je. Aku pun pelik lah. Adik aku asyik buat muka je. 

Bila tanya, dorang kata abes je majlis taklim tu semua sibuk ngumpat sana sini, time dalam majlis tu kemain nangis nangis. Macam fake kan? Yang lagi best lepas lama mak aku tak join taklim tu sebab kecewa dorang umpat pulak mak aku. Kata sihir & goda laki orang. Aik tang mana goda laki orang aku sendiri taktau. Padahal mak aku tu kurang keluar and bergaul ngan jiran. Sibuk menanam pokok je.

Tak lama lepas tu, abah aku pulak kena fitnah. Songlap duit madrasah. Ya abah aku ni keje kat madrasah tu dekat berbelas tahun. Ustaz ustaz dia boleh fitnah ayah aku? Aku kenal abah aku tu. Seburuk buruknya pun paling anti orang yang mencuri ni. Lagi lagi bab duit, memang amanah. Semua ustaz dan ustazah kat situ tabligh. Selidik punya selidik dapat tahu rupa nya mudir madrasah tu sendiri songlap! Malu lah dorg sebab tuduh bapak aku kan? Ye lah. Bayang kan camna hati aku ni hilang respect dengan orang tabligh ni. Cakap pung pang pung pang, tup tup dia sndiri buat bnda sama. Abes semua duit sedekah mudir tu songlap. Bila bab harta dunia ni terus hilang agama kan?

Lagi best bila mana ustaz yang digelar maulana famous kat ehem ehem, korang yang tabligh confirm tahu malam markaz kan. Ye lah. Kata ikut sunnah nabi, kawen 4 dah bagus. Tapi masalahnya kawen ngan pelajar sendiri. Semua anak dara and muda muda K. Lagi best sorg ustaz tu ikut jejak maulana ni gak. Kawen bini no 2 budak U. Bini pertama ngadu kat mak aku.

Yang paling best mertua aku sndiri. Ye la aku pakai kopiah jubah. Sebab memang aku selesa. Sunnah nabi kan. Dia punya marah kat aku sampai cakap yang aku ni pakai je cam tu tapi KOSONG. DAKWAH tak buat, ngaji tak. Macam mana dia tahu aku tak ngaji?? Macam Tuhan je kan. Paling sedih dia kata camni:

Suami isteri yang asyik bersama (berdua dua an) kat dunia ni, Allah akan pisah pisah kan kat akhirat!

Ada ke hadis camni yang aku terlepas pandang? Dia suruh aku kuar semua. Aku bukan tak nak, tapi aku tak boleh. Aku tengah keje. Duit simpanan mana ada. Ank bini aku sape nak tanggung? Tak kan nak biar bini aku keje dengan anak lagi. Umah semua kete tu sape nak bayar time aku takde? Boleh pulak dia kata ” Memang isteri kena la korban sikit, memang camtu lah nabi dulu”

Bukan ke nabi kata kalau ada anak bini, mak ayah kat umah nak kena jaga tak yah g perang. Jaga family kau tu dulu. Dah cukup keperluan baru pergi. Camtu gak kat jalan Allah. Bila aku kuar dulu, ustaz ustaz amirsab tu semua pung pang pung pang. Abes je taklim and majlis semua lepak kat luar pagar merokok. Camtu ke nak bagi aku RESPECT?

Paling best semua pak cik mak cik kat situ offer anak memasing. Kata nya jadi bini no 2 3 pun takpe. Asal kan dapat kawen ngan ustaz. Aku terkejut beruk dengar. Pastu bila bapak mertua aku kuar 4bulan, balik balik langsung tak keje. Duk depan laptop. Mak mertua aku yang sibuk cari duit.

Ha nak jadi kan cite, mak mertua aku ni pun bini no 2. Bini pertama dah diceraikan, sebab nak kawen ngan bini no 2 yang budak U ni. Nak bimbing sampai jannah. Bini pertama kau biarkan padahal dah ada 6 orang anak! Bayang kan camne aku nak respect kat orang orsng tabligh ni. Anak anak no 1 bapak mertua aku ni orang biasa. Ada lawyer, ada doctor, ada engineer & keje petronas. 

Mana ada orang tabligh. Pastu dorang siap bagi duit kat bapak mertua ni dekat 20k. Bagus nya bini pertama dia didik anak anak dia. Tak kawen sampai sekarang. Camne aku tahu? Sebab aku contact dengan anak bongsu bini pertama tu. Lelaki. Keje petronas. Kira pangkat abang ipar jauh haha.

Lagi best mak mertua aku ni siap marah marah wife aku sebab tak nak suruh aku g kuar. Wife aku memang tak bagi aku kuar semua. Dia kata bagi belanja 5000 baru boleh. Sebab kete dan umah sape nak bayar kan? mengamuk lah dia.

Siap cakap, SAPE YG TAK ADA TABLIGH DLM KEHIDUPAN ALLAH AKAN HANTAR UJIAN SEBENAR BENAR UJIAN. Macam orang biasa yang solat, puasa cukup & baik ni Allah tak pandang? Allah pandang orang tabligh je ke??

Sorry kalau panjang lebar. Tapi serious aku dah tak boleh masuk. Biar lah cukup aku solat, ngaji, puasa, buat baik, sedekah. Aku buat sunnah sunnah nabi semua. Tapi tolong la jgn claim orang biasa biasa cam aku ni masuk neraka sebab tak bawak tabligh. Hm.

Harap lah semua yang baru2 join masih panas ni tolong jaga akhlak. Jangan la bagi ada lg orang hilang respect. Sebab aku taknak agama aku buruk sebab orang orang macam ni lah.

Tq maaf kan aku semua. Aku tau tak semua orang tabligh ni jahat, ada yang baik. Memang pernah aku jumpa. Baik sangat. Tapi dah meninggal. Ye la Allah sayang orang orang baik ni. Simpan dulu. Kan?


Selepas membaca luahan yang diceritakan oleh bekas pelajar UIA ini, janganlah kita terus memandang serong pada semua Tabligh. Bak kata pepatah, sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close