Di saat semua orang sedang bahagia bercinta dengan kekasih masing-masing, kasihan sungguh dengan orang yang masih bersendirian dan tidak mempunyai pasangan.
Kegembiraan yang dikongsi di lama media sosial kadang-kadang membuatkan orang lain yang melihatnya berasa cemburu dan menginginkan untuk melakukan yang sama.
Jangan risau, lelaki yang bernama Rain Yokohama ini ajar cara untuk 'menipu' agar kelihatan bahagia seperti orang lain. Memang kelakar, tengok sahaja gelagatnya ini.
Rain menjadi terkenal kerana memuat naik gambar yang menunjukkan cara untuk berselfie, seolah-olah sedang bersama dengan kekasih hati.
Bermula dari berpegangan tangan, berciuman sehingga makan bersama. Mungkin bagi sesetengah orang perkara ini dianggap sebagai gila, namun sebenarnya ia agak lucu bila dilihat. Apa yang pasti, Rain melakukannya secara suka-suka dan menganggapnya sebagai suatu keseronokan.
Mungkin gambar-gambar seperti ini juga boleh digunakan untuk menyindir mereka di luar sana yang sesetengahnya suka berbohong di laman sosial.Ada yang sengaja mempamerkan kononnya mereka sangat bahagia, walhal pada hakikatnya kesunyian.
Apa-apa pun, gambar Rain yang 'terlajak' kreatif ini memang berjaya menarik perhatian ramai netizen!
Sumber : kaki share
Blogger Comment
Facebook Comment