Pada tahun 2014, Torz Reynolds yang berasal dari Essex, England, pernah bertindak mengikis kulit lengannya dengan pisau bagi membuang tatu yang tercatat nama bekas kekasihnya selepas teman lelakinya curang.
Memetik laporan metro.co.uk, susulan tindakan mengejutkan ramai pihak itu, wanita pelik berusia 3o tahun tersebut, sekali lagi melakukan aksi yang boleh dianggap hilang akal iaitu menggunakan pemotong besi untuk memotong jari kelingkingnya tanpa sebab sebaliknya hanya atas tujuan keseronokan.
Lebih melampau, Torz memuat naik gambar keadaan jarinya yang kudung itu dalam Facebooknya untuk paparan umum. “Sembuh dengan cepat dan amat menyukainya,’’ demikian tulis Torz bersama gambar yang dimuatnaik dalam Facebook.
Biarpun, Torz cuba mempertahankan tindakannya itu dengan alasan dia tidak mengganggu atau menyakiti sesiapa pun dan hanya mahu berkongsi pengalaman memotong jari itu dengan rakannya, namun rata-rata netizen mengecam tindakannya sebagai bodoh dan menjijikkan.
Sumber : kaki share
Blogger Comment
Facebook Comment