"Jangan Campur Hal Orang.." - Neelofa Tampil Berani Tegur Bakal Abang Ipar, Sharnaaz Ahmad
Selebriti paling popualr di Malaysia, Neelofa telah memberi respon apabila Sharnaaz Ahmad 'mengamuk' dengan Fattah Amin baru-baru ini.
Baca amukan Sharnaaz kepada Fattah Amin DI SINI.
Ini respon Neelofa:
“Kenapa perlu serang Fattah? Kenapa tidak menyerang orang yang melaga-lagakan mereka? Tak adil untuk Fattah sebenarnya. Saya harap perkara sebegini tidak akan berlaku lagi kerana tempiasnya kena pada kami sekeluarga juga. Ambil iktibar dan pengajaran,”
Bagi Neelofa, dia menganggap isu teguran kepada Sharnaaz Ahmad berhubung kenyataan kurang enak aktor itu terhadap Fattah Amin sudah selesai.
Justeru dia berharap teguran yang dilakukan itu dapat menyedarkan semua penggiat seni supaya menghormati dan menyokong kerjaya seni artis lain.
"Saya sudah memberi kenyataan berhubung perkara itu dan berharap selepas ini semuanya akan baik-baik sahaja.
"Cuma ingin saya tekankan, dalam soal ini kita yang berada di dalam industri kalau boleh jangan campur hal oarng sebaliknya hormat dan saling menyokong antara satu sama lain,"
Teguran tersebut dibuat secara ikhlas dan spontan tanpa paksaan mana-mana pihak.
"Sebenarnya saya rasa bertanggungjawab untuk menegur dia (Sharnaaz) disebabkan orang yang dimaksudkan itu (Fattah Amin) tidak buat salah dengan dia.,”
Walaubagaimanapun, Neelofa akui bimbang jika tegurannya itu bakal menjejaskan hubungan kekeluargaan kerana Sharnaaz bakal berkahwin dengan kakaknya tidak lama lagi.
Semoga hubungan Neelofa dan Sharnaaz baik baik saja. Sharnaaz tu nampak je garang tapi sensitif orangnya, kalau bincang elok elok okey la tu hehe.
Sumber : berita memey
Blogger Comment
Facebook Comment