Di Malaysia sebenarnya terdapat banyak masjid yang dibina indah serta unik. Namun sejauh mana anda tahu mengenai ciri-ciri unik masjid tersebut. Berikut merupakan 10 Masjid yang boleh dianggap mempunyai ciri seni bina yang unik dan cantik.
MASJID BESI, PUTRAJAYA
Nama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin diberi semperna nama Yang Di-Pertuan Agong yang ke-13 iaitu Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. 70% seni bina masjid tersebut dibina dengan besi dan sebab itulah ia juga dikenali sebagai 'Masjid Besi' Seni bina Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah kombinasi seni bina China dan Jerman, dan bukannya seni bina Timur Tengah seperti kebanyakan masjid. Ia juga tidak mempunyai menara seperti masjid-masjid lain.
MASJID BEIJING, KELANTAN
Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra terletak di Rantau Panjang, Kelantan. Masjid ini sangat unik kerana seni binaannya yang menyerupai seni bina dari China. Ia dibina pada tahun 2005 untuk memperingati sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Kelantan yang ke-28 iaitu Sultan Ismail Petra. Bahagian luarnya mempunyai bumbung dan menara pagoda hijau dan panel merah. Bahagian dalamannya pula direka mengikut elemen reka bentuk India dan Uzbekistan. Masjid ini digelar 'Masjid Beijing' kerana reka bentuknya seakan-akan Masjid Niujie di negara China.
MASJID TERAPUNG, TERENGGANU
Masjid Tengku Tengah Zaharah ini terletak di Kuala Terengganu merupakan salah satu seni bina moden hasil salah seorang putera Diraja Terengganu. Masjid putih berkilauan turut menjadi ikon baru dalam seni bina Islam di negara ini. Pembinaan masjid ini diinspirasi oleh Almarhum Sultan Terengganu, Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ibni al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah.D inamakan sempena ibunya, Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja kedamaian masjid ini turut terserlah dengan keindahan Laut China Selatan, menjadikannya sebagai destinasi pelancongan yang menarik di Terengganu. Seni binanya merupakah gabungan pengaruh moden dan seni bina 'Moor' dan dibina di atas pelantar terapung, memberikan sudut unik yang membuatnya kelihatan terapung di atas air.
MASJID BANDARAYA, SABAH
Masjid ini mempunyai ciri-ciri reka bentuk Masjid Nabawi di Madinah Al-Munawwarah. 70% daripada kawasan masjid ini dikelilingi air menyebabkan ia kelihatan seolah-olah terapung di atas air.
MASJID TERAPUNG TANJUNG BUNGAH, PULAU PINANG
Masjid ini merupakan masjid pertama di Malaysia yang dibina di atas laut , tidak seperti masjid terapung di tempat lain yang dibina di permukaan tasik. Masjid ini dibina untuk menggantikan Masjid Tanjung Bungah yang lama. Ia mempunyai satu menara masjid dengan ketinggian bersamaan dengan bangunan tujuh tingkat.
MASJID NEGERI SULTAN ABU BAKAR, JOHOR
Masjid ini tidak mengikut reka bentuk masjid konvensional yang terdapat di Malaysia. Ia mengikut ciri-ciri menara jam British dari kurun ke-19. Masjid ini banyak dipengaruhi oleh seni bina kolonial English-Victorian.
MASJID JAMEK AN NUR, LABUAN
Satu-satunya masjid di Malaysia yang mempunyai reka bentuk yang sangat moden dan 'futuristic'. Seni binanya kelihatan seperti bulu tangkis atau kapal angkasa. Masjid Jamek ini adalah mercu tanda yang terkenal di Labuan. Masjid ini menggunakan seni bina Melayu Brunei dan Turki dengan menggunakan elemen kontemprori seperti gril dan cermin lutsinar untuk pengudaraan dan membenarkan cahaya semulajadi masuk ke bahagian dalamnya.
MASJID DIRAJA UBUDIAH, PERAK
Masjid yang berbentuk oktagon ini mempunyai ciri-ciri menarik seperti kubah emas dan juga pintu gerbang yang menggunakan gaya seni bina 'Moor'. Seni binanya merupakan Indo-Saracenic. Masjid ini mula dibina setelah Sultan Perak ke-28 iaitu Sultan Idris Murshidul'adzam Shah bertekad untuk membina sebuah masjid jika baginda sembuh dari penyakitnya. Walaubagaimanapun, baginda mangkat setahun sebelum masjid ini siap dibina yang memakan masa empat tahun untuk siap.
MASJID KRISTAL, TERENGGANU
Selain Masjid Terapung, satu lagi masjid yang menjadi tarikan di Kuala Terengganu adalah Masjid Kristal. Ia dikatakan adalah antara masjid yang tercantik di Malaysia kerana keunikannya dibina daripada kaca dan keluli malah masjid ini lengkap dengan segala kemudahan yang berteknologi tinggi dan liputan WIFI untuk memudahkan pengunjung untuk mengakses internet. Kebanyakkan pengunjung mengagumi keindahan Masjid Kristal ini. Ia akan berkilau apabila terkena sinaran pancaran matahari.
MASJID ZAHIR, KEDAH
Masjid Zahir adalah salah satu masjid tertua di Malaysia terbina pada tahun 1912. Masjid ini dibina di atas tapak persemadian pahlawan-pahlawan yang gugur pada tahun 1821. Kubah Masjid Zahir kelihatan hitam tetapi bila dilihat lebih dekat kubah masjid sebenarnya berwarna 'ruby' merah gelap. Warna hitam muncul dalam cahaya yang terang, memberi Masjid Zahir penampilan yang menarik. Ia sering di senaraikan sebagai antara 10 Masjid tercantik di dunia. Masjid Zahir mempunyai 5 menara yang melambangkan 5 rukun Islam. Inspirasi seni bina dari Masjid Azizi di Langkat, Sumatera Utara, merupakan visi Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II.
Sumber : kaki share
Blogger Comment
Facebook Comment