Siapa sangka niat untuk membantu dan menghulurkan rezeki yang ikhlas buat sebuah rumah anak yatim, rupanya ia cuma satu penipuan.
Lebih teruk, ia dijalankan oleh individu yang dikenali sebagai 'bonda' yang berpenampilan niqab dan tudung labuh. Pendek kata, satu lagi sindiket yang mempergunakan agama untuk mendapat sesuatu keuntungan sekelip mata.
Kisahnya, seorang wanita yang bernama Radiyana Anuar mendapat tahu ada pihak yang sudi menyediakan menu shell out untuk sekumpulan anak yatim. Bila duit sudah dihulurkan kepada pihak terbabit, shell out tak kunjung tiba.
Malah dalam masa yang sama Radiyana terlihat satu perkongsian dari sebuah grup lain di Facebook tentang penipuan seorang 'penunggang agama'.
Ternyata Radiyana ini telah pun tertipu dan ketika mendapatkan kepastian daripada 'bonda' yang dimaksudkan, dia hanya ketawa dan akhirnya akses ke Facebooknya juga disekat serta merta.
"Adohai, terima kasihlah..harap puan dapat mengikuti perkembangan bonda lagi selepas ini yer.
"Oklah bonda malas nak layan apa-apa yang negatif," ujar si 'bonda' dan tahu-tahu selepas itu Radiyana tidak lagi dapat akses ke laman Facebook wanita tersebut.
Berdasarkan komen daripada netizen lain, mereka turut mendedahkan bonda sememangnya aktif sejak dahulu untuk meminta derma daripada pelbagai grup di Facebook.
Modus operandinya mudah, daripada 10 orang yang ditipunya, ada seorang dua yang akan 'terselamat' dan dijadikan testimoninya. Makanya, makin ramai yang mempercayainya.
Pendek kata, jika anda berada di pihak benar, tak perlulah menyekat akses Facebook itu dan lari dari kenyataan. Pelbagai cara nampaknya untuk mendapatkan wang secara mudah dan tidak betul pada masa ini. Lihat sahaja status terbaharu bonda yang dikongsikan oleh seorang netizen dan anda nilaikan sendiri.
Sumber : kaki share
Blogger Comment
Facebook Comment