Mungkin ada sesetengah ibu bapa menghadapi sikap anak-anak yang mudah memukul kawan-kawan seusianya atas alasan yang remeh temeh.
Jangan beranggapan itu adalah sikap yang positif kepada anak-anak dengan menganggap ia adalah cara mereka berkomunikasi sedangkan mereka sebenarnya bersikap agresif.
Sebenarnya agresif merupakan sikap atau perbuatan yang boleh mencederakan orang lain. Sikap agresif juga merupakan perbuatan yang datang daripada perasaan kecewa melampau akibat daripada perasaan negatif
1) Meniru perbuatan agresif yang dilihat
Anak-anak akan cepat terpengaruh dengan apa yang dilihat dan didengari. Selalunya mereka akan meniru perbuatan yang dilakukan oleh ibu bapa dan adik beradiknya. Kajian menunjukkan pembentukan sikap agresif dalam diri anak-anak sangat terpengaruh dengan sifat agresif ibu atau bapa.
2) Perceraian ibu bapa
Kajian yang dijalankan oleh Kokus 1979-1980 menunjukkan ada kaitan antara masalah perceraian dengan perkembangan sikap agresif anak-anak. Hal ini kerana perceraian yang terjadi mewujudkan tekanan dan konflik di dalam rumah, sebagai reaksi anak-anak akan bersikap negatif.
3) Menonton babak ganas dalam televisyen
Mereka akan meniru perbuatan ganas dalam televisyen atau permainan dalam komputer.
4) Perbezaan layanan anak-anak dalam keluarga
Sesetengah ibu bapa mengambil sikap berat sebelah dalam melayan setiap anak-anak. Mungkin ibu bapa akan lebih beri tumpuan pada anak-anak yang bijak dan baik berbanding anak-anak yang lembap, degil dan pemalas. Perkara ini seharusnya dielakkan kerana ia akan memberi kesan negatif daripada aspek psikologi dan sikap anak-anak.
5) Kesalahan ibu bapa dalam cara mendidik anak-anak
Ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak dengan memenuhi segala permintaan anak-anak dan jika tidak dipenuhi anak-anak akan bersikap agresif kerana sudah terbiasa hasratnya pasti akan dipenuhi.
Sabar dan tabah buat ibu bapa yang berdepan dengan anak-anak yang berperangai agresif, elak daripada memukul dan menjerist namun pun jangan terlalu lembut.
Sumber : kaki share
Blogger Comment
Facebook Comment