"Saya Kesian Dengan Izreen" - Adira
Penyanyi Adira dan pelakon Izreen Azminda telah dikritik hebat oleh orang ramai kerana tampil sebagai penghias muka depan majalah URTV yang mengangkat tema isteri kedua.
Adira enggan melayan kritikan hebat dari para netizen yang mengecam tindakannya muncul sebagai cover majalah itu bersama aktres Izreen Azminda hanya kerana mereka memegang status sebagai isteri kedua.
Kata penyanyi ini, dia sudah lali dengan kata-kata negatif dilemparkan terhadapnya dan perkara itu akan berlalu sekiranya dia mengambil tindakan berdiam diri.
Ini komen Adira:
"Kalau layan memang sakit hati jadi lebih baik jangan layan kerana lama-lama mereka akan diam sendiri.
"Saya sendiri dah bermacam-macam kontroversi yang saya lalui jadi saya dah lali, katalah apa pun,"
Izreen Azminda dan Adira menjadi sasaran apabila tajuk muka hadapan majalah itu 'Naluri Isteri Nombor 2' mencetuskan kemarahan orang ramai terutama wanita yang mendakwa majalah itu tidak sensitif dengan isu yang dibawa dan tidak sepatutnya mengangkat kedua-dua selebriti berkenaan.
Netizen berkata tindakan itu akan membuat perasaan isteri pertama terguris.
Memang banyak kata-kata negatif dilemparkan terhadap kedua-dua artis itu malah ramai mengecam untuk memboikot majalah berkenaan.
Dalam pada itu, Adira berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan tajuk digunakan kerana menganggap ia sebahagian daripada teknik pemasaran dalam melariskan penjualan.
Ini jelas Adira lagi:
"Bukannya saya minta tajuk begitu tetapi saya secara peribadi tiada maslah dengan pemilihan tajuk tersebut.
"Tetapi saya faham isu melibatkan poligami memang perkara sensitif dalam kalangan masyarakat,"
Adira juga meluahkan rasa kasihan kepada Izreen Azminda kerana memang teruk dikecam oleh masyarakat terutama kaum wanita.
Walaupun begitu, Adira yakin Izreen juga tabah dan kuat dalam mengharungi kecaman netizen terhadapnya.
Ini komen Adira tentang Izreen;
"Saya pernah lalui perkara sama sebelum ini dan rasa kasihan juga dengan Izreen kerana teruk dihentam netizen. Tetapi saya tahu Izreen seorang wanita yang kuat dan tabah,"
Dalam perkembangan karier seninya, Adira akan muncul dengan single baru yang bertajuk 'Sembunyi'.
Isteri kepada Dato Red ini akan kembali aktif dalam bidang seni selepas dia berehat panjang demi anaknya.
Sumber: mStar
Sumber : berita memey
loading...
loading...
Blogger Comment
Facebook Comment