Laporan Polis Dibuat Ke Atas Laudya Cynthia Bella, Isteri Engku Emran
Nama pelakon Laudya Cynthia Bella yang merupakan seorang bintang di Indonesia mula popular di Malaysia setelah berkahwin dengan Engku Emran pda tahun 2017.
Perkahwinan pasangan ini mendapat liputsan meluas dari pihak media Indonesia dan juga Malaysia.
Artis popular dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella menerima dugaan apabila ada pihak membuat laporan polis terhadapnya.
Memang tidak di sangka-sangak, satu dugaan buat Laudya Cynthia Bella terjadi, apabila dia dilaporkan ke Polis Bandung oleh seorang pengusaha bernama Jimmy Sanjaya.
Laporan polis ini dikatakan telah dibuat oleh individu bernama Jimmy pada hari Selasa bersamaan dengan 23/1/2018.
Kepala Satuan Reskrim Polres Bandung, AKP Firman Taupik mengatakan, Laudya dilaporkan atas dakwaan penipuan dan penggelapan wang.
Ini komen polis Bandung bernama Firman: (Kompas)
"Kesnya berkaitan transaksi jual beli tanah. Sedang kami dalami apakah ada penggelapan atau penipuan"
"Pengakuan dari yang bersangkutan, dia tidak melakukan itu. Notis juga sudah kami mintai keterangan"
Firman mengatakan, polis sudah meminta keterangan sejumlah pihak, termasuk dari pihak Laudya Cynthia Bella mengenai laporan tersebut.
Kes jual beli tanah itu dilaporkan berlaku beberapa tahun yang lalu. Ketika itu Bella dan Jimmy membuat persetujuan untuk membeli tanah di Kampung Blok Tugu Mekarluyu, Bandung.
Dikatakan kawasan tanah seluas 5360 meter persegi telah dipersetujui pihak Laudya Cynthia Bella dan Jimmy dengan harga RP911.200.000 (RM263,975.00).
Menurut Jimmy, beliau sudah menyerahkan duit pendahuluan sebanyak RP140 juta (RM41,000.00), namun Jimmy berkata bahawa Laudya Cynthia Bella telah mengubah harga tanah tanpa persetujuan Jimmy dan meminta penambahan sebanyak RP300 juta (RM86,000.00).
Ketika ini siasatan masih dijalan oleh pihak polis Bandung, Indonesia.
Semoga Laudya Cynthia Bella bersabar dengan dugaan yang dilalui. Harap semuanya selesai dengan baik.
Sumber: Kompas.com / TribunNews.com
Sumber : berita memey
loading...
loading...
Blogger Comment
Facebook Comment