KEJAM. Wanita DIBUNUH Tanpa Pakaian Di Klang. Allahu.

KEJAM. Wanita DIBUNUH Tanpa Pakaian Di Klang. Allahu. | Saya Luv Islam – Penduduk Klang gempar apabila mayat seorang wanita tanpa pakaian dijumpai di bawah jejantas. Ikuti berita selanjutnya. Baca dan kongsikan.

MAYAT DIJUMPAI DI BAWAH JEJANTAS

Mayat seorang wanita tanpa pakaian ditemui di bawah jejantas di Jalan Raja Nong, berhadapan Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa 2, dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata mayat berkenaan ditemui seorang lelaki yang melalui kawasan berkenaan kira-kira jam 7.30 pagi.

Katanya, polis yang ke lokasi kejadian menemui mayat wanita berusia 37 tahun, dengan kesan lebam di mata kanan dan benjolan di dahi.

“Mangsa tidak berbaju dan seluar pendek serta seluar dalam yang dipakai mangsa dilondehkan sehingga buku lali kiri,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Shamsul Amar berkata, pihaknya belum dapat mengesahkan sama ada mangsa dirog#ol sebelum dibunuh.

DIBUNUH DI KAWASAN LAIN

Beliau berkata, pihaknya percaya wanita itu dibunuh di kawasan lain sebelum mayatnya dicampak di bawah jejantas itu, berdasarkan kepada tiada bukti lain ditemui di situ.

Katanya, siasatan awal berdasarkan kepada cap jari mendapati, mangsa adalah warga tempatan yang beralamat di Pandamaran.

Selain itu, beliau berkata, mangsa pernah ditahan bersabit kes dadah mengikut Seksyen 9 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata, mangsa sudah bercerai dan mempunyai dua anak perempuan yang dijaga oleh adik kandungnya di Shah Alam.

“Adik kandung mangsa ada membuat laporan polis pada 10 Mac lalu untuk memelihara anak mangsa ekoran wanita itu sudah hilang sejak 2015,” katanya sambil menambah mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

POLIS TANGKAP SUSPEK

Beliau juga mengesahkan pihaknya sudah melakukan tangkapan, membabitkan seorang lelaki berusia 54 tahun, yang juga rakan serumah mangsa.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber : Berita Harian

The post KEJAM. Wanita DIBUNUH Tanpa Pakaian Di Klang. Allahu. appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : sayaluvislam
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close