Wanita Ini Adalah Pembunuh Wanita Simpanan Yang Di Geruni Wanita Lain

Seorang wanita di China membina kerjaya yang unik apabila membantu golongan isteri membalas dendam terhadap wanita simpanan suami mereka yang curang dalam perkahwinan.

Shanghaiist melaporkan, Zhang Yufeng memilih kerjaya pelik itu selepas suaminya sendiri curang dan menceraikannya pada 1990-an.

Zhang memutuskan untuk membalas dendam dengan mencari suaminya dan wanita simpanan terbabit hingga memaksa mereka melarikan diri serta berpindah dari satu tempat ke satu tempat untuk mengelak daripada berjumpa dengannya.
Selepas kejadian tersebut, seorang wanita meminta bantuannya untuk membalas dendam untuk anaknya yang kemurungan dan membunuh diri selepas ditinggalkan suami yang curang.

Dia dilaporkan membantu ribuan isteri yang ‘terluka’ akibat perbuatan curang suami dengan mengumpul bahan bukti untuk kes di mahkamah.

Bukan itu sahaja, dia juga membantu isteri untuk memukul dan memalukan wanita simpanan yang dianggap perosak rumah tangga sehinggakan menerima nama jolokan sebagai ‘pembunuh wanita simpanan’.

Zhang kini memiliki kediaman di Beijing, China yang turut dijadikan tempat perlindungan untuk wanita yang diusir suami kerana mempunyai kekasih baru.

Dia dianggap sebagai wira dan perniagaannya semakin berkembang sejajar dengan peningkatan kadar penceraian di negara itu.

“Saya berjanji akan menghapuskan lelaki seperti itu tanpa belas kasihan,” katanya yang menerima lebih 100 panggilan sehari daripada wanita yang terdesak.

Sejak kebelakangan ini, banyak video dimuat naik di media sosial China memaparkan sekumpulan wanita memukul dan membogelkan perempuan dipercayai wanita simpanan di khalayak ramai.

Namun, video tersebut mendapat kritikan kerana tidak adil apabila hanya perempuan simpanan yang mendapat malu yang mana sepatutnya suami curang juga harus dipersalahkan dalam hal ini.


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close