Suami Dan Vivy Yusof Dah Dapat Gelaran Dato’ Dan Datin

Seperti umum mengetahui Fadza Anuar dan Vivy Yusof bukanlah satu nama yang asing di dalam dunia keusawahanan dan boleh di anggap sebagai ikon Fashion Malaysia. Kedua – dua mereka telah memberi pelbagai inspirasi khususnya kepada anak – anak muda Malaysia melalui kisah perjuangan mereka dan kejayaan mereka membangunkan hab fesyen tempatan nombor 1 di Malaysia iaitu FashionValet bahkan jenama Fashion Valet menerjah pasaran Asia tenggara.
Fall in Love

Kisahnya Bermula dari sahabat karib yang begitu akrab dan akhirnya menjadi pasangan suami isteri yang bahagia, kisah kedua – dua usahawan ini cukup menarik perhatian rakyat Malaysia. Pada awalnya hanya berbekalkan perbelanjaan sendiri dengan nilai hampir 100 ribu, mereka meneruskan tekad untuk mengembangkan perniagaan FashionValet sehingga di kenali oleh semua lapisan, pada asasnya laman web mereka yang dahulunya bermula hanya dengan 10 jenama tempatan kini mempunyai ribuan jenama. Yang menarik perhatian bukan itu sahaja, Vivy Yusof seorang wanita Malaysia yang pernah mengharumkan negara apabila terpilih menjadi satu-satunya wanita berhijab yang terpilih untuk mengenakan jenama mewah terkenal dunia, iaitu jenama mewah Louis Vuitton.
Kisah Fashion Valet

Namun kini seperti yang di ketahui umum, jenama Fashion Valet telah berdiri megah dengan jenama – jenama terkenal antarabangsa yang lain. Bukan sahaja mempunyai butik fizikal kepunyaan sendiri di pusat membeli belah terkenal ibu negara, Pavilion yang kos sewanya yang amat tinggi. Malah, Fadza Anuar dan Vivy Yusof turut mengeluarkan jenama scarf mereka sendiri yang menjadi kegilaan anak-anak gadis, Duckscarves menerusi dUCK Group yang mempunyai pengikutnya yang tersendiri yang begitu besar dan mampu membuat pengaruh.
Dato’ Fadzarudin Anuar dan Datin Vivy Yusof

Kisah yang mengagumkan mengenai ibubapa kepada dua cahaya mata ini tidak terhenti disitu sahaja. Menerusi Tatler Malaysia, Fadza Anuar dan Vivy Yusof tersenarai sebagai 300 individu yang berpengaruh di Malaysia yang dilihat menggunakan ‘title’ penuh; Dato’Fadzarudin Anuar dan Datin Vivy Yusof.

Menurut sumber, sebenarnya mereka berdua sudah lama mendapat ‘title’ ini, cuma mereka mengambil langkah untuk terus merendahkan diri.


Ucapan Tahniah dari Kaki Share buat Dato’Fadzarudin Anuar dan Datin Vivy Yusof! Semoga kisah mereka akan terus menjadi inspirasi buat anak – anak tempatan.

Sumber Malaysia Tatler, Hangat.com

Gambar Instagram Fadza Anuar Vivy Yusof

Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close