Pasangan OKU Ini Gigih Kumpul Duit Selama 16 Tahun Untuk Tunaikan Haji Dengan Hanya Jual Tisu


Selalunya kalau kita lihat ada orang OKU penglihatan akan pergi meja ke meja di kedai makan untuk menjual tisu. Kadang-kadang orang ramai akan buat tak tahu dan ada juga yang menghulurkan sedikit wang.

Namun, bagi pasangan OKU penglihatan ini tiada siapa dapat menyangka niat untuk menjejakan kaki ke tanah suci Makkah akhirnya berjaya walaupun dengan menjual tisu. Pasagan ini tetap gigih menjual tisu di pasar-pasar tani setiap hari.

Mohd Kenali Aziz, 80 dan isterinya Rohani Noh, 65 telah mengumpul duit selama 16 tahun di dalam Tabung Haji untuk menunaikan haji. Demi untuk menunaikan rukun Islam yang kelima itu pasangan tersebut tidak mudah patah semangat walaupun ianya mengambil satu jangka masa yang lama.

Menurut laporan Sinar Harian, Rohani berkata "Makcik berniaga tisu je. Hasil jualan tisu dan sumbangan prihatin dengan nasib insan cacat penglihatan seperti makcik. Akhirnya makcik dan suami  dapat tunaikan Haji sama seperti umat Islam lain".

"Syukur Alhamdulillah doa makcik ini dah dimakbulkan untuk jadi tetamu Allah di Tanah Suci Makkah". Namun begitu, Rohani terpaksa menggunakan kerusi roda untuk menunaikan ibadah tersebut kerana kakinya tidak begitu kuat.

Rohani dan suaminya ternyata amat gembira kerana impian menjadi kenyataan dan akan ditemani oleh dua anaknya iaitu Sayana, 42 dan Ani Sharil 44, untuk mengiringi mereka sepanjang berada di sana. Semoga pasangan ini dipermudahkan urusan dalam mengerjakan haji. Semoga mendapat haji yang mabrur. Insya-Allah. - www.kakishare.my

FACEBOOK HERBAL RIMBA


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close