Peti Ais Terbang Dari Tingkat 13, Netizen Kecam Tindakan Individu Tak Bertanggungjawab


Tindakan individu tidak bertanggungjawab ini memang amat membahayakan orang ramai. Selalunya kita hanya dengar sampah yang dibuang dari tingkat atas pangsapuri ataupun flat. 

Namun kejadian yang berlaku di pangsapuri Kondo Rakyat Desa Pantai di Pantai Dalam ini amat mengejutkan! 

Seorang lelaki bertindak membaling sebuah peti sejuk dari tingkat 13 pangsapuri berkenaan. Menurut saksi kejadian, dia terkejut mendengar bunyi kuat sebelum melihat sebuah peti sejuk dicampak dari tingkat atas oleh penduduk tersebut. 


Seorang suri rumah, Siti Hassim berkata lelaki berkenaan pernah beberapa kali mengamuk dan memecahkan cermin tingkap sebelum ini. "Tak sangka pula kali ini dida campak peti sejuk pula" katanya lagi. 

Tambah Siti lagi, lelaki tersebut berusia dalam 20-an tinggal bersama keluarga lelaki itu dan dikatakan mengalami masalah mental. Susulan kejadian, tiada sesiapa yang mengalami kecederaan dan hanya beberapa motosikal mengalami kerosakan teruk. 

Rata-rata netizen menyelar tindakan lelaki tersebut kerana ianya membahayakan nyawa orang yang lalu lalang.

Pihak polis yang tiba ke lokasi kejadian dilaporkan telah menahan lelaki tersebut dan dibawa ke balai polis berdekatan. - www.kakishare.my




Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close