Pesawat Air Asia Tertunda, Lihat Video Aksi Pramugari Comel Ini Menghiburkan Penumpang


Sesiapa yang selalu menggunakan kapal terbang sebagai pengangkutan utama pasti pernah merasa keperitan apabila penerbangan yang dijadualkan tertangguh. Bak kata orang penantian itu satu penyeksaan. 

Namun, bagi para penumpang yang dalam perjalanan menaiki pesawat Air Asia dari Hong Kong ke Bangkok mungkin tidak berasa begitu terseksa. Nampaknya Air Asia semakin mesra pengguna. 

Seorang penumpang pesawat tersebut, Kornchanok Benchapongsa berkongsi sebuah video seorang pramugari yang cantik menghiburkan penumpang yang terkandas dengan menyanyikan dua buah lagu. 

Sebelum pramugari tersebut memulakan nyanyiannya, seorang lagi pramugara mengumumkan melalui interkom bahawa mereka mempunyai satu kejutan untuk para penumpang. Tanpa berlengah, pramugari tersebut mula menyanyi sambil diiringi muzik dari telefon bimbitnya. 


Lagu pertama merupakan satu lagu Thai yang rancak untuk penumpang warga Thailand dan diakhiri dengan satu senyuman yang manis dan memukau penumpang pesawat Air Asia itu. Para penumpang juga dilihat menepuk tangan. 

Video kedua pula memaparkan pramugari yang sama dan kali ini gadis tersebut menyanyikan sebuah lagu Inggeris dari Jason Mraz, I'm Yours dan penumpang berasa amat teruja dan gembira dengan persembahan dari pramugari tersebut. 

Video tersebut menjadi perhatian netizen dan rata-rata memuji kebolehan pramugari tersebut menyanyi. Saksikan video penuh dibawah. 




FACEBOOK HERBAL RIMBA


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close