Hentikan Hantar Isteri Kita Berpantang Di Rumah Orang Tua Kita , Kau Yang Sedap ! Mak Bapak Pulak Nak Jaga Masa Tak Sihat !!



Selalunya kalau isteri bersalin mesti kita hantar balik rumah makayah kita atau mertua tapi kali ni seorang lelaki kongsi pengalaman menjaga sendiri isterinya dalam berpantang .

Perasaan seperti menjadi seorang surirumah memang penat . Dan kerana penat itulah kita harus menghargai isteri kita .

Salam admin..

Sy nak luah pendapat dan juga berkongsi idea untuk suami2.. sy seorang pegawai penjawat awam.. sy berkongsi ni bertujuan untuk memberi perspektif baru tentang berpantang.. isteri sy baru melahirkan anak kedua sy.. semasa proses kelahiran anak pertama dan kedua sy, sy berada dlm dewan bedah utk menyaksikan kelahiran cahaya mata sy dan mengertikan betapa pengorbanan seorang isteri melahirkan anak..

Kat sini sy nk menyarankan kepada semua suami2 yg ada, jagalah isteri anda berpantang sendiri.. sediakan makanan panas utk dia..sediakan mandian dia.. mandikan bayi.. tungkukn perut dan kakinya.. kemaskan rumah.. persiapkan tempat yg selesa utk dia berpantang..cucikan luka jahitan dia.. basuhkan baju.. sy bukan nak kata sy hebat, tapi alhamdulillah sy berjaya walaupun hanya seminggu lebih je sy menjaga pantangnya.. dengan berbuat sebegini, baru encik suami tahu betapa penatnya menjadi surirumah.. betapa besarnya tanggungjawab seorang lelaki.. HENTIKANLAH MENGHANTAR ISTERI BERPANTANG DI RUMAH ORANG TUA MEREKA/KITA.. kita yg mengandungkan dia, kita yg sedap, mak bapak pulak yg kene jaga bila time isteri tidak berapa sihat.. mana kata dan janjimu 'susah senang bersama' ?

Akan ada pendapat yg mengatakan bahawa 'sy xreti masak, sy xreti mandikan bayi, sy xreti itu xreti ini bla bla bla... ' 
Bang, semua skg ni hujung jari.. jgn jadikan alasan xpandai itu ini utk tidak menjaga isteri berpantang.. sedangkan Valentino Rossi pn lahir2 xpandai bwk motor trus.. step by step.. asalkan buat.. motivasikan diri untuk isteri tuan2..

Apa yg sy lihat sekarang ni, bila isteri bersalin je, suami mcm merdeka habis2an.. anta ke umah mak mertua, dia pn pergi mancing, lyn corner cecah dagu, duk kat mamak sampai seat berlubang.. sedih sy tgok suami2 skg.. sy dikecam teruk oleh kengkawan sbb xkluar rumah selama 13 hari mnjaga isteri sy berpantang.. bermacam2.. takut bini la.. kene rantai la.. antisosial la.. sy meluahkan ni sbb sy rase merupakan satu tanggungjawab suami utk menjaga isteri berpantang kerana badan dia bru kehilangan separuh nyawa.. urat2 putus masa proses kelahiran.. xsalah pn kita korbankan lg 40 hari tidak melakukan aktiviti harian kita selama ni.. 40 hari je bang.. kedai mamak tu pn xbankrap kalo abg2 xpergi kedai dia selama 40 hari.. ikan kat sungai xabis pn kalo x g mancing 40 hari..

Kita xrugi pape pn jaga isteri malah lebih mengeratkan hubungan kerana kita tahu peritnye menjaga seorang perempuan bernama ISTERI..

www.kakishare.my


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close