Doktor Keluarkan Cacing Pita Yang Masih Hidup Sepanjang 2.6 Meter Dari Tubuh Budak Perempuan 8 Tahun


Kepada penggemar sushi dan sashimi diluar sana, anda mungkin mahu ambil perhatian mengenai kisah gadis ini. 

Baru-baru ini, doktor di Taiwan berjaya mengeluarkan cacing pita yang agak panjang dari seorang kanak-kanak berumur 8 tahun selepas memakan sashimi yang telah tercemar dengan parasit cacing pita. 

Kanak-kanak perempuan ini amat menggemari sashimi dan akan memesan menu tersebut setiap kali dia melawat restoran Jepun. Awal tahun ini, kanak-kanak itu merasakan kegatalan di bahagian dubur seperti ada benda bergerak. 

Bimbang kanak-kanak perempuan itu dijangkiti cacing pita, budak perempuan itu telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. 


Selepas mendengar penjelasan dari salah seorang ahli keluarga kanak-kanak itu, Doktor mengesyaki bahawa budak tersebut mungkin dijangkiti cacing pita atau nama saintifiknya Diphyllobothrium latum apabila memakan ikan mentah yang telah tercemar. 

Doktor yang membuat pembedahan sangat terkejut apabila berjaya mengeluarkan cacing pita berukuran 2.6 meter panjang dari tubuh budak tersebut. Cacing pita itu masih lagi hidup ketika pembedahan dilakukan. 

Walaupun kes jangkitan cacing pita ini tidak bahaya, namun terdapat beberapa kes yang ekstrem dimana cacing pita itu mampu membawa kepada pendarahan dalaman. Malah, ramai penggemar sashimi mungkin telah dijangkiti oleh kuman tersebut tetapi tidak menyedari akan tanda-tanda dijangkiti parasit itu.  - www.kakishare.my



Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close