Anak Kecil 10 Bulan Ini Dilahirkan Tanpa Lubang Dubur Dan Usus Terkeluar, Doktor Terpaksa Tebuk Perut Untuk Buang Air Kecil Dan Besar


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang dapat diungkapkan ketika melihat penderitaan anak kecil berusia 10 bulan ini. 

Sejak dilahirkan, Mohd Rafa Mikail sudah menghadapi pelbagai kesukaran. Pada awalnya, para doktor menghadapi kesukaran mengenal pasti jantinanya malah doktor juga mengesan Mikail mengalami masalah tulang belakang yang bengkok dan kaki kiri yang hanya mempunyai satu tulang. Mikail juga dilahirkan tanpa mempunyai lubang dubur selain menderita usus terkeluar. 

Memetik laporan Harian Metro, ibu Mikail, Nurul Syahfika berkata anaknya itu lahir dalam keadaan tidak cukup bulan di Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) dan terpaksa dirujuk kepada pakar di Hospital Kuala Lumpur (HKL). 

“Ketika di HKL, pakar yang mengendalikan kes anak saya menjalankan pembedahan usus dan menebuk lubang di kiri dan kanan perut bagi membolehkannya membuang najis serta air kencing. Selepas menjalani pembedahan itu baru doktor dapat mengenal pasti jantina anak sebagai lelaki,” 

“Buat masa ini, fokus doktor adalah lubang najisnya kerana doktor akan menjalankan pembedahan seterusnya bagi menutup sebelah daripada lubang najis itu apabila anak berusia dua tahun,”

“Saya ke Hospital Jengka, Maran untuk pemeriksaan kaki, HOSHAS untuk pemeriksaan mata, telinga, kaki, manakala HKL bagi pemeriksaan susulan pembedahan usus.

“Pendapatan suami yang bekerja kilang sebanyak RM1,000 tidak mencukupi untuk menampung kos perjalanan itu, selain perlu membeli lampin pakai buang dan susu apatah lagi anak bergantung sepenuhnya dengan susu tepung,”

Beliau dan suaminya Shafiq Mohd Refee terpaksa berulang alik ke tiga hospital yang berbeza bagi pemeriksaan susulan penyakit anak mereka itu. Difahamakan pasangan tersebut telah memohon bantuan zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. 

Bagi mereka yang ingin membantu disertakan nombor akaun ibu bapa mereka iaitu 

Maybank

156141543389 Shafiq Bin Mohamad Refee.

156141389758 Nurul Syahfika Kamarul Aiani.

Alamat No 159 jengka 9

nombor telefon 0109207205



Sumber : kaki share
loading...
loading...
    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close