Isteri Ketua Polis Tampar Pegawai Kastam Hanya Kerana Diminta Buka Jam Tangan Ketika Pemeriksaan


Tak kisahlah anda seorang isteri seorang menteri, artis paling popular ataupun anda seorang orang biasa jika anda menaiki pesawat pasti akan melalui pemeriksaan kastam terlebih dahulu. Ini supaya anda tidak membawa barang-barang terlarang. Oleh itu, kesemua penumpang tidak akan terkecuali dari pemeriksaan tersebut. 

Namun terdapat juga segelintir manusia yang enggan mengikuti prosedur keselamatan kerana merasakan diri telah besar dan kebal dari undang=undang. Trending di media sosial terutama di Twitter apabila isteri kepada seorang Jeneral Polis yang ingin menaiki pesawat Batik Air untuk ke Jakarta. 

Sekitar jam 7.20 pagi, ketika wanita tersebut sedang beratur untuk melepasi pemeriksaan kastam alat pengesan logam berbunyi kerana jam tangannya tidak ditanggalkan semasa melalui pemeriksaan itu. Pegawai yang bertugas ketika itu mengarahkan wanita tersebut untuk membuka jam tangannya dan melalui pemeriksaan sekali lagi. 

Namun, wanita itu tetap berkeras dan enggan menurut arahan pegawai dan berdegil untuk tidak membuka jam tangannya itu. Mungkin berang dengan arahan pegawai kastam tersebut, wanita itu bertindak menampar pegawai tersebut secara tiba-tiba. Saksikan aksi wanita tersebut yang menjadi viral di media sosial. 

Menerusi video tersebut dapat dilihat wanita tersebut tersangatlah marah sehingga terjerit-jerit dan pegawai tersebut hanya mendiamkan diri dan bersikap profesional. Selepas ditampar oleh wanita tersebut, pegawai itu bertegas mahu melaporkan sikap wanita itu yang telah mengasari dirinya. 

Harus diingat, status yang tinggi dan wang ringgit yang banyak bukanlah satu tiket untuk mana-mana individu bersikap biadap terhadap orang lain. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share
loading...
loading...
    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close