"JDT Family For Life, Amboi Baby!" TMJ Beri Pesanan Untuk Peminat JDT Supaya Terus Bersatu


Kurang seminggu dari hari ini pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim(JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim akan bertanding merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bakal diadakan pada 25 Mac ini. 

Tular di laman sosial video pesanan TMJ terbitan JDTtv kepada para penyokong JDT agar tetap bersatu sebagai sebuah keluarga JDT. 

Dalam video berkenaan TMJ berkata "di mana-mana negara, sentiasa ada isu antara penyokong bola sepak, pemain dan pengurusan, tapi apa yang penting adalah kita sentiasa bersatu" 

Tambah Tunku, " kerana macam mana yang saya sentiasa nasihatkan sebelum ini, bersatu dan perpaduan adalah kunci kejayaan kita di JDT, kerana itu kita memanggilnya Keluarga JDT ( JDT Family)". 

TMJ juga berpesan supaya para penyokong tidak melayan segala anasir dari pihak luar yang cuba untuk melaga-lagakan antara mereka sesama sendiri. Tetap bersatu dan terus menyokong pasukan yang kita sayangi. 

Diakhir ucapan TMJ sempat berkata " JDT family for life, amboi baby" sambil mengenyitkan matanya.

Sejak minggu lalu video chant Boys Of Straits (B.O.S) kelab penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang menyanyikan lagu membidas penyokong JDT yang hanya menyokong pasukan ketika menang. 

Dengan rentak lagu baru dari penyanyi rap terkenal Altimet 'Amboi', B.O.S mengubah liriknya menjadi “nak JDT menang tapi tak turun stadium, amboi! amboi!, bila masuk final baru nampak muka, amboi! amboi!” 

Nyata chant terbaru B.O.S itu mendapat kritikan para peminat yang mempersoalkan tindakan tersebut sebagai tidak matang dan menguris hati para peminat JDT secara keseluruhannya.




Sumber : kaki share
loading...
loading...
    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close