"Suami Saya Pijak Semut Pun Tak Mati....Namun"


Saya seorang isteri , ibu kepada seorang anak dan kini sedang hamil 7bulan . Suami saya seorang yang sangat baik , xbyk bercakap , kalau tengok dari gayanya memang pijak semut pon xmati . 

Sebab tu orang cakap " don't judge a book by its cover " . Awal februari nie , suami saya mengaku yang dia dah menyayangi insan lain yang lebih memerlukan dia . Itu pon selepas kantoi saya jumpa no perempuan tu dlm wassup . Hancur luluh hati saya masa tu . 

Mei2016 mereka kenal melalui wechat , suami saya looked around tapi masa tu dah kantoi dgn saya , saya ingt suami saya btl2 dah tgglkan perempuan tu tapi hakikatnya tidak . Suami saya sayangkan perempuan tu dan xmampu nak lupakan perempuan tu , dia cari perempuan tu balik pd ogos2016 dan bercinta sehingga februari2017 . Agak lama bagi saya sebagai seorang isteri yang ditipu hidup2 . memang pandai dia berlakon .

Perempuan tu mualaf , cina masuk islam . Mungkin baru setahun . Dia tahu suami saya dah berkahwin , ada anak dan dia tahu saya tgh pregnant. Tapi di mana hati dia sebagai seorang wanita. Dia sanggup bermadu dengan saya, sanggup untuk jumpa suami hanya sebulan sekali , bukan duit yang dia minta tetapi hanyalah ingin berkongsi kasih sayag . Penah bg duit pada suami. 

Dia mintak izin untuk jadi madu saya . Dia cakap dia ikhlas sayagkan saya , sayangkan suami dan anak2 saya. saya sebagai seorang wanita, seorang ibu juga seorang isteri , saya ada hati , ada perasaan dan saya juga simpati pada dia. tapi saya belum cukup kuat untuk terima dia sebagai seorang madu. saya tahu Allah sebaik2 perancang. saya cakap saya izinkan tapi saya nak suami tinggalkan saya dan anak2. 

Saya xcukup kuat untuk berkongsi kasih sayag sbb rumahtangga kami baru 2tahun lebih dibina. tapi saya pelik , perempuan tu cakap kalau saya tinggalkan suami saya , dia pon akan tinggalkan suami saya. Dia nak cari kebahagiaan hidup dia. kenapa dia yang xberundur dulu ? kenapa mst tunggu saya berundur baru dia nak berundur. 

Dan masa tu baru saya dapat kekuatan untuk pertahankan rumahtangga saya . saya suruh dia berundur , saya siap mintak maaf lagi sbb xdapat terima dia sebagai madu saya sbb saya belum bersedia . Dia cakap ok tapi dia suruh suami ganti balik segala duit yang dia dah bagi pd suami kalau x dia akan buat kes . Seolah2 macam marah . Then terus dia block wassup saya .

Masa kantoi tu suami saya xhabes2 nak pertahankan perempuan tu , itu yang buat saya sedih. Xtahu di mana hak saya sebagai seorang isteri. saya suruh pilih antara saya dan perempuan tu , dia cakap dia nak dua2 sbb dua2 dia sayag , dia cinta dengan seikhlas hati . Dia pujuk saya untuk terima perempuan tu sehabis boleh. 

Tapi saya tetap cakap 'no' . Akhirnya , suami mengalah tapi saya nampak riak sedih , kecewa di wajah dia . saya tanya suami kenapaa nak kawen lain ? Dia cakap dia nak bantu , dia nak bimbing, dia nak bwk perempuan tu ke jalan yang lurus . tapi saya , sebagai seorang isteri. 

Dia biar saya sorang2 , terkapai2 mencari sinar redha Allah S.W.T . Dia xpenah tegur kalau saya buat salah , xkira dari segi pemakaian atau solat . saya sendiri yang kena belajar untuk betulkan diri saya . Di mana seorang suami sepatutnya berada masa isteri dia leka ? Akhirnya saya belajar dari Ustaz Ebit Lew , mencari panduan hidup sendiri. 

Suami sibuk nak bimbing orang lain tapi isteri sendiri dia biar terkapai2 . Sepanjang perkahwinan , saya teringin sgt untuk solat berjemaah bersama suami . Untuk berpoligami saya xrasa suami saya mampu sbb gaji suami tggl berapa ratus je , yang lain habes bayar hutang . tapi suami cakap dia yakin akan ada rezeki yang datang untuk perkahwinan barunya nanti . Langsung xhargai saya dan anak2 yang hidup bersusah payah dengan dia .

Saya sentiasa maafkan kesalahan suami tapi agak sukar untuk saya lupakan apa yang telah berlaku. Sedih , kecewa , terkilan dan pelbagai perasaan bercampur baur . Di saat saya cuba nak lupakan kesalahan suami , suami pulak xmembantu langsung . Dia xhabis2 sebut nak kawen lain , xsalah kawen lain. 

Ye, memang akan ada orang cakap itu cuma gurauan . tapi bukan gurauan bg saya bila suami saya penah curang dengan saya. saya xboleh terima gurauan mcmtu . Di sini , saya hanya inginkan kata2 semangat untuk saya terus melupakan perkara tu . saya tiada tempat untuk mengadu , xda tempat untuk saya luahkan perasaan.


Sumber : kaki share
loading...
loading...
    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close