Hina Pemungut Sampah Netizen Kecam Pengguna Twitter


Gambar seorang lelaki pemungut sampah yang tertidur di atas sebuah lori sampah menjadi perhatian ramai dimuatnaik oleh seorang pengguna Twitter.

Namun tindakan pengguna Twitter terbabit yang menggambarkan lelaki terbabit sebagai bahan jenaka mendapat kritikan hebat dari pengguna-pengguna Twitter yang lain.

“Seorang lelaki yang tahu tempatnya”, tulis pengguna Twitter tersebut sebagai kapsyen. Pengguna-pengguna Twitter yang lain mula tampil mengkritik kapsyen yang dibuat oleh lelaki berkenaan yang disifatkan tidak sensitif.


Namun, mula tular apabila seorang lagi pengguna Twitter, Zane, membalas balik tweet itu dengan berkata: “Lelaki yang bekerja keras ini bangun setiap pagi untuk melakukan kerja paling tidak digemari orang ramai bagi memberi makan keluarganya dan sekarang kamu mahu menghina dia?”

Tweet Zane itu mendapat lebih 110,000 retweet dalam masa tidak sampai sehari dimuatnaik. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi gambar pemungut sampah itu diambil.


Sumber : kaki share
loading...
loading...
    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close