Murid Tolak Dan Angkat Meja Guna Satu Jari Dirasuk Hantu Nenek Kebayan

olos
Murid Tolak Dan Angkat Meja Guna Satu Jari Dirasuk Hantu Nenek Kebayan|Kelibat seorang wanita tua seperti nenek kebayan yang sering berlegar di pekarangan sebuah sekolah rendah di pasoh,menyebabkan sekumpulan murid bertukar watak menjadi harimau selepas dipercayai diganggu mahkluk berkenan semenjak 3 bulan lalu.
Gangguan yang berlaku sejak ogos lalu itu,menyebabkan sebahagian murid dirasuk berubah hingga ada di antaranya bergaduh sesama sendiri,serta bercakaran seperti harimau selain cuba menciderakan diri sendiri.
Insiden bermula apabila 31 murid mengalami sakit perut dan muntah muntah sebaik selesai waktu rehat sebelum mereka dibawa kehospital untuk mendapat rawatan.
Bagaimanapun keadaan berubah apabila murid terbabit kembali sihat seperti sedia kala sebaik tiba dihospital berkenan.
Sumber berkata pada awalnya pihak sekolah menyangka insiden itu dikaitkan dengan keracunan makanan dikantin sekolah namun tiada bukti mengaitkan kes berkenaan.
Bukan hanya murid saja, malah guru juga turut mengaami kejadian yang sama apabila sering mendakwa melihat kelibat seorang wanita tua dan mahluk halus di sekitar kawasan sekolah itu.
Sebaik melihat mahluk itu mereka seperti di cekik hingga meninggalkan kesan,selain di cakar dan ditumbuk tanpa disedari, katanya.
Berikutan pelbagai kejadian yang berlaku,ia menimbulkan ketakutan kepada murid,guru dan ibu bapa hingga memasksa sekolah membatalkan kelas malam Ujian penilaian sekolah rendah USPR ,ujian kelas Agama dan Fardu Ain,serta Kokurikulum lain baru baru ini.
Keadaan huru hara berlaku setiap hari sepanjang persekolahan sehingga menganggu pembelajaran setiap hari,murid dan guru mengalami gangguan mula jam 9 pagi dan berlarutan sehingga tamat sesi persekolahan.
Pada awal gangguan sekitar ogos dan september lalu,ada murid pengsan dan mengejar rakan lain serta mencakar meja.
Kekuatan murid terbabit juga mengejutkan apabila mampu mengangkat dan menolak meja hanya dengan satu jari.itu tidak termasuk murid murid yang tiba tiba pengsan ketika berjalan di kaki lima,dalam tandas dan ketika makan di kantin.
Sementara itu yang dipertua persatuan ibu bapa dan guru yusuf mas muda bekata,kejadian itu memberi kesan mendalam terhadap Akademik murid kerana bimbang mempengaruhi dua ujian yang di duduki mereka.


Sumber : penhijaudaun
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close