Gadis Di Tendang Abang Kandung Hinga Berdarah Jadi Viral


BATU GAJAH - Seorang pengawal keselamatan ditahan polis selepas menumbuk adik kandungnya sendiri dalam kejadian di Rancangan Perumahan Tersusun Sentang, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, gadis berusia 21 tahun itu baharu selesai berbual dengan teman lelakinya di hadapan rumah keluarga itu.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dipercayai patah tulang hidung.

“Berdasarkan laporan, mangsa masuk ke rumah selepas selesai berbual dengan teman lelakinya sebelum ditahan suspek.

“Suspek bertindak menendang kaki adik perempuannya menyebabkan mangsa melawan sebelum ditumbuk di bahagian muka,” katanya.

Menurutnya, suspek berusia 31 tahun itu turut memukul teman lelaki adiknya dengan menggunakan sebatang kayu sebelum keluar rumah dengan menaiki motosikal.

“Hasil keterangan ahli keluarga mendapati suspek merupakan seorang panas baran selain tidak rapat dengan ahli keluarga lain.

“Suspek ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ketika dipanggil untuk hadir ke balai kira-kira jam 7 pagi,” katanya.

Mohd Nasri berkata, suspek direman dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah.


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close