Bayi Lelaki Ditemui Baru Lahir Di Belakang Rumah


Seorang bayi lelaki baru lahir ditemui di belakang rumah Blok 2 Lot 13 Taman Sejati di sini, Ahad. 

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Azhar Hamin berkata, bayi lelaki yang masih hidup itu ditemui orang awam dibaluti dengan tuala putih dan polis dimaklumkan pada 9.25 pagi.

Bayi seberat 1.5 kilogram dan berukuran panjang 38 cm itu, ketika ditemui masih bertali pusat dan tiada uri, katanya.

Azhar berkata, pemerhatian awal mendapati tiada kesan luka pada bayi itu dan bayi itu kemudiannya dihantar ke wad kecemasan Hospital Duchess of Kent Sandakan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang bayi itu diminta menyalurkan kepada pihak polis dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Jesmera B Bandong di talian 013-5719706.


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close