Surat Terbuka Si Yatim Piatu Kepada Faizz Nur

oios
Surat Terbuka Si Yatim Piatu Kepada Faizz Nur|Nama saya Amani, graduan uia dalam bidang psikologi dan kini memegang jawatan sbgai seorang kaunselor di sebuah jabatan kerajaan. Saya juga merupakan seorang anak yatim piatu yg kematian ibu dan ayah ketika masih kecil.
Saya terbaca tentang keadaan 2 orang anak kecil yg di “makan” haknya oleh Bapa Saudara sendiri. Mungkin ramai yg tidak tahu kesan dan akibat daripada perbuatan terkutuk ini terhadap golongan2 terpilih seperti kami.
Jadi, dengan lafaz bismillahirahmanirahim, saya tulis surat ini untuk En.Faizz agar dapat diteliti dan diamati dengan jiwa yang tenang..
Saya kematian ibu dan ayah pada usia 7 tahun dan kini usia saya 26 tahun. Mungkin nasib saya sedikit baik sebab saya sudah memahami apa itu kematian. Saya mempunyai dua orang abang. Abang saya kini ialah seorang pegawai Bank dan seorang lagi pensyarah di uitm.
Ketika ibu dan ayah meninggalkan kami, kami awalnya “dijaja” kononnya bapa saudara kami akan membela kami kerana dia mempunyai kerja yang bagus untuk menampung kami 3 beradik yatim piatu. Malangnya, jajaan cerita itu hanya satu bualan manis sang bapa saudara yg kami panggil Pak Ya.
Ya, Pak Ya seorang yg agak berada. Arwah ibu kami ialah kakak kandungnya. Bapa kami anak tunggal jadinya sebelah bapa kami tiada saudara mara. Jadi awalnya semua bersetuju untuk kami tinggal dengen Pak Ya. Lama juga kami tinggal dgn Pak Ya. Tapi zaman kami tak macam zaman anak yatim sekarang. Kami dulu walapun tinggal dengan bapa sedara sendiri, kami dikerah untuk bekerja.
Saya disuruh mengemas rumah setiap hari sebelum ke sekolah dan selepas pulang dari sekolah. Abang Long dan Abang Ngah saya diarah untuk tolong atok sedara di bendang. Kami tidak dibenarkan berkawan dengan kawan2 kampung sebab menurut Pak Ya, anak2 kampung otaknya tidak bagus.
Selang 6 bulan sesudah itu, ibu saudara kami mendapat tahu kami diarah itu ini hinggakan pelajaran kami terabai. Yuran sekolah kami tidak dibayar. Buku2 sekolah kami diminta untuk berkongsi. Pakaian sekolah kami disuruh pakai dari lebihan baju anak2 Pak Ya.
Ibu saudara saya yang kami panggil Umi menangis melihatkan keadaan kami. Pada ketika itu, Umi baru berusia 30-an dan belum berkahwin. Umi adik bongsu ibu yg sangat sayangkan kami. Keadaan Umi dalam kejadian yg menimpa saya samalah juga sebagaimana ibu saudara mangsa DUKE yg sedih melihat nasib anak2 saudara.
Umi membuat keputusan mengambil kami 3 beradik untuk dijaga. Pada ketika itu juga, Pak Ya tegas untuk tidak melepaskan kami. Tahu kerana apa? Kerana Pak Ya menerima wang sumbangan dari orang kampung dan kawasan kejiranan ini. Pak Ya bimbang andai Umi mengambil kami, tiada lagi sumbangan yg akan diterima.
Umi berkeras untuk melaporkan ke pihak berkuasa andai Pak Ya tidak mahu melepaskan kami. Maka selepas berbincang, kami tinggal dengan Umi. Pada ketika itu barulah kami merasa bahagia. Umi menjaga kami dengan penuh kasih sayang.
Umi mengajar kami apa2 yg kami tidak faham di sekolah, Umi turut ajar kami kehidupan yang tidak brrgantung pada orang lain. Ramai orang melamar umi tapi umi menolak dengan cara yang baik semata mata demi menjaga kami. Cerita Pak Ya pula, dia masih menerima sumbangan bahkan cerita tentang perihal kami adik beradik yatim piatu dicanangnya ke merata tempat.
Hinggalah tabungan Anak2 Yatim buat kami penuh diterimanya. Suatu hari , Umi ke rumah Pak Ya kerana umi kekurangan duit untuk bayar yuran pengajian abang long. Umi minta Pak Ya apa yang menjadi hak kami. Tapi malangnya, Pak Ya enggan untuk memberi. Katanya, duit itu kepunyaannya kerana dia yang brsusah payah meminta pada orang ramai untuk menderma.
Saya ketika itu berusia 15 tahun mula sedih dengan sikap Pak Ya. Sedih kerana abang long saya akan menyambung pengajian tapi wang yang sepatutnya menjadi hak kami ditidakkan oleh bapa saudara sendiri. Umi berkeras meminta tapi malangnya umi dihalau keluar. Akhirnya kami pulang dengan tengan kosong.
Ketika itu saya lihat Umi termenung panjang. Die berfikir cara terbaik untuk dapatkan duit bagi membayar yuran pengajian Abg Long. Abang Ngah pula bakal menduduki peperiksaan SPM dan saya PMR. Umi kelihatan tua dari usianya. Kerana umi letih mencari duit untuk menyara kami sedangkan Pak Ya senang lenang bermewah dengan duit kami.
Malam harinya, kami melihat umi menangis sementara menunggu waktu isya. Jadinya abang long ajak kami 3 beradik untuk ceriakan umi. Caranya, kami solat jemaah bersama. Habis solat isya, abang long berdoa dan hingga kini saya ingat doanya.
“Ya Allah, kami ini anak yatim piatu. Yang tiada sapa pedulikan kami melainkan ibu saudara kami. Dan kini ibu saudara kami ini sedang bersedih. Maka kami mohon padaMu wahai Tuhan, TARIKLAH NIKMAT KEMEWAHAN mereka2 yg menganiaya kami dan jadikanlah mereka manusia yg berada dalam kesedihan.”
Selesai doa ini, Umi lebih kuat menangis dan peluk abang long dan merayu agar menarik balik doa tersebut.
Tahu kerana apa? Kerana Umi takut abangnya terkena balasan atas penganiayaan yg dilakukan terhadap kami bertiga si yatim piatu.
Dan benarlah.. Doa anak2 yatim, doa fakir miskin, doa orang2 yg dianiaya, tidak sesekali dibiarkan oleh Allah. Bahkan doa2 golongan beginilah tiada hijab disisi Allah..
Selang beberapa tahun, Pak Ya di tahan oleh Badan Pencegah Rasuah kerana mempunyai skandal rasuah. Atas kesalahan itu, seluruh harta Pak Ya disita dan semua wang simpanannya dibekukan. Pada masa yg sama, anaknya sakit teruk dan isterinya pula meninggal dunia. Pak Ya bagaikan orang gila apabila sering meracau dan apabila bertemu kami, Pak Ya bagaikan tidak keruan. Hidup Pak Ya sama sekali tidak seperti dulu.
Umi yg melihatkan kesedihan abangnya memohon pada abang long dan kami semua untuk memaafkan Pak Ya dan seluruh keluarganya yang telah berbuat jahat dengan mengambil hak2 kami dan menidakkan hak kami. Hingga kini, Pak Ya hidup sebatang kara. Anak2 lain mengabaikannya dan Pak Ya kini dihantar ke rumah org tua2.. Umi masih bersama kami.
Umi lah tempat kami bermadu kasih. Umi sanggup berkorban kebahagiaannya untuk tidak berumahtangga demi membesarkan kami. Dan setiap hari jugalah, Umi meminta kami agar memaafkan Pak Ya kerana kasihankan keadaan Pak Ya yang seteruk itu.
Namun bagi kami, melihat kesedihan Umi jauh lebih kami fikirkan berbanding kesedihan Pak Ya. Sehingga kini, kami 3 beradik belum mampu “Menghalalkan” duit yg digunapakai oleh Pak Ya untuk kepentingannya dan keluarga. Bagi kami, biarlah Allah sahaja yg menentukan pengakhiran hidup Pak Ya.
Jadi nasihat saya pada En.Faizz, beringatlah.. Doa anak2 yatim itu tiada hijabnya disisi Allah. Lebih2 lagi mereka masih dlm keadaan suci bersih hatinya. Moga En.Faizz masih mempunyai masa yang cukup untuk MENGGANTIKAN duit anak2 yatim itu andai benar En.Faizz menggunakannya.
Sekalipun mereka masih kecil, mereka tiada siapa untuk melindungi, mereka masih mempunyai Allah yg melihat setiap air mata mereka. Yang Maha Mendengarkan doa2 malam hari mereka. Yang Maha Mengetahui isi hati mereka. Jangan sampai Allah terbalikkan kesedihan mereka terhadap keluarga En.Faizz.. Ketika itu, tiada lagi jalan untuk En.Faizz berjalan dan tiada lagi ruang utk En.Faizz mencari peluang..
Semoga surat ini mampu menjentik hati kecil En.Faizz sekeluarga untuk bertaubat.
Salam Ibrah dari Saya,
Nur Amani, si yatim piatu.
http://ift.tt/2eWFhwO


Sumber : penhijaudaun
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close