Hasil Sumbangan Ramai 320K Tinggal Hanya 60K|Isu seorang waris kepada dua kanak-kanak perempuan, anak kepada pasangan suami isteri bersama bayi mereka yang maut dalam nahas di Lebuhraya DUKE tahun lalu, pecah amanah mencetuskan pelbagai reaksi netizen, khususnya mereka yang pernah menghulurkan derma.
Menurut sumber yang tidak mahu identitinya didedahkan, laporan yang disiarkan di media itu bukanlah cerita sepenuhnya.
“Kisah sebenarnya agak panjang kalau nak dipaparkan. Namun disebabkan perundangan, mereka akan terhad untuk menceritakan segalanya. Dalam kes ini, ada dalang yang memberikan nasihat yang salah kepada Faiznur yang masih mentah lagi dalam kehidupan.
“Apa yang jelas ialah penjaga Amira dan Aqilah hanya mendapat RM12,000 sahaja, itupun selepas mendapat perintah dari pihak mahkamah dan tiga akaun milik mereka yang terlibat dibekukan.
“Hasil sumbangan orang ramai sebenarnya adalah RM320,000. Dari semua jumlah itu, kini tinggal lebih kurang RM60,000,” kata sumber yang juga turut kecewa dengan apa yang berlaku.
Jelas sumber, Yusnidah dan suami bukan mahu berebut harta arwah ataupun wang derma tersebut, namun hanya mahu hak dua anak yatim piatu itu dikembalikan.
“Mereka tak hadap duit itu, apatah lagi nak berebut harta. Duit yang didermakan itu memang hanya untuk kanak-kanak ini saja. Tanpa bantuan pun, pasangan ini mampu menyara Amira dan Aqilah,” katanya yang meminta netizen tidak menimbulkan sebarang spekulasi negatif.
Apa yang ditinggalkan oleh arwah bapa adalah mencukupi untuk menyara kehidupan dua beradik ini. Tetapi lihatlah sekarang, mereka langsung tidak merasa apa-apa pun. Lebih malang lagi, pewaris yang tidak bertanggungjawab itu pula amat berharap harta arwah bapa kanak-kanak ini akan difaraid.
“Begitu juga dengan keluarga di sebelah arwah ibu mereka yang mahu merebut hak penjagaan dari Yusnidah, sedangkan sebelum ini merkea tidak pernah ambil berat dan melawat.
“Jika mengikut hukum syarak, memang keluarga sebelah arwah ibu ini lebih berhak tetapi mereka tidak menunaikan tanggungjawab. Baju raya sepasang pun tak pernah beli. Sejak kes dibawa ke mahkamah, barulah dua tiga kali mereka datan melawat kanak-kanak ini.
Tegas sumber, sehingga ke hari ini, keluarga Yusnidah tidak pernah mengambil kesempatan. Apa yang mereka lakukan hanyalah sekadar menuntut hak anak-anak itu sahaja walaupun tanpa sokongan netizen di Facebook. Namun mereka yakin banyak perkara yang akan berpihak kepada mereka.
http://ift.tt/2e4WaDg
Sumber : penhijaudaun
Blogger Comment
Facebook Comment