Ibu bertindak bunuh bayi sendiri dan lebih kejam lagi badan bayi itu dipotong-potong!

Ibu bertindak bunuh bayi sendiri dan lebih kejam lagi badan bayi itu dipotong-potong

Ibu bertindak bunuh bayi sendiri dan lebih kejam lagi badan bayi itu dipotong-potong | Seorang wanita yang dipercayai mengalami masalah mental bertindak kejam apabila membunuh sebelum memotong bayi lelakinya yang baru berusia setahun kelmarin. Dalam kejadian di sebuah rumah di Gang Jaya 24, Tegal Alur, Cengkareng, Jakarta Barat itu, seorang lagi anak perempuan suspek yang berusia dua tahun cedera akibat dikelar.
Jurucakap Metro Jaya, Awi Setiyono berkata, ketika kejadian suami suspek, Aipda Dedi yang juga anggota polis baru pulang ke rumahnya kira-kira jam 8 malam (waktu tempatan). Katanya, Aipda pada mulanya dapati pintu rumahnya terkunci dan tidak lama selepas itu dia mendengar suara anak perempuannya menangis dengan kuat.
“Aipda terus menendang pintu lalu bergegas masuk ke dalam rumah dan melihat anak sulungnya cedera di telinga. “Dia kemudian terkejut apabila melihat satu pinggan di lantai yang mengandungi anggota badan bayinya yang dipotong-potong,” katanya. Ujarnya, isteri Aipda yang berusia 28 tahun ditemui berdiri dalam keadaan bogel dan berlumuran darah di penjuru katil. “Wanita ini hanya menggelengkan kepala dan diam ketika ditahan polis,” jelasnya. Menurutnya, daripada keterangan Aipda, isterinya dilihat berkelakuan pelik dan sering bercakap seorang diri beberapa minggu sebelum kejadian itu. – Agensi


Sumber : penhijaudaun
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close