Bayi ini digelar anak beruang kerana miliki rambut luar biasa lebat, tegak dan lurus

Chelsea Noon

Bayi ini digelar anak beruang kerana miliki rambut luar biasa lebat, tegak dan lurus | Seorang bayi lelaki comel berusia dua bulan mendapat perhatian ramai sehingga digelar anak beruang kerana memiliki rambut yang luar biasa lebat, tegak dan lurus. Menurut portal mirror.co.uk, Junior mudah membuat sesiapa sahaja terpegun dan ibunya, Chelsea Noon, 32, turut me­ngakui kerap dihujani pelbagai pertanyaan daripada orang ramai yang kagum dengan rambut anak bongsunya itu. Noon berkata, rambut Junior sememangnya lebat dan tebal ketika dilahirkan, namun dia sendiri tidak menyangka ia te­rus tumbuh sebegitu.
Menurut ibu itu, dua lagi anak lelakinya, Preston, 6 dan Mit­chell, 4, juga amat suka bermain dengan rambut adik mereka. “Kebiasannya saya menghabiskan masa selama 40 minit untuk membeli barang dapur tetapi jika membawa Junior bersama, saya terpaksa berada di kedai hampir dua jam memandangkan ramai yang akan mendekati dan menegur kami kerana terkejut melihat rambutnya,” jelas Noon.
Chelsea Noon
Chelsea Noon
Noon yang pernah bekerja sebagai pendandan rambut juga amat suka mendandan rambut anaknya itu dan tidak bercadang untuk memotongnya. “Kadang kala saya sendiri terfikir dari mana datangnya genetik rambut yang tebal dan kembang seperti gula-gula kapas ini,” katanya. -AP


Sumber : penhijaudaun
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close