Kecoh di laman sosial apabila semalam isteri kepada pelakon dan pelawak, Zila Seeron yang ditangkap khalwat di kawasan Bukit Jalil kira-kira jam 5 pagi.
Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33 bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen apabila diminta memberi ulasan terhadap apa yang menimpa isterinya.
Ketika tangkapan dilakukan, penyanyi berusia 28 tahun itu dikatakan bersembunyi di belakang almari di dalam bilik sementara seorang lelaki berusia 30-an yang juga suami orang berada di ruang tamu selepas pintu dipecahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Menurut sumber Harian Metro, penduduk rumah terbabit pada mulanya membuka pintu dan menutupnya semula, selepas 30 minit berlalu, pihak berkuasa terpaksa memecahkan pintu kerana tiada kerjasama diberikan oleh pemilik rumah.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan dan jika disabitkan kesalahan denda tidak melebihi RM2,000 akan dikenakan atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Blogger Comment
Facebook Comment