10 MANFAAT MENGIKUTI LATIHAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI UNTUK KESIHATAN DAN KEHIDUPAN ANDA

Ramai kita sering mengganggap seni mempertahankan diri merupakan sesuatu yang boleh membahayakan diri dengan memberikan imaginasi sesuatu yang kasar,berdarah dan ada yang menganggap ianya suatu keganasan.Namun tahukah anda dengan menceburi bidang seni memprtahankan diri ini mampu memberikan banyak manfaat dan faedahnya untuk diri sendiri dan kehidupan anda.

Seni mempertahankan diri merupakan sebahagian dari sisi yang boleh membantu membentu personaliti dan diri anda secara fizikal dan mental.Antara kelebihan dan manfaat dalam seni mempertahankan diri adalah

1.PENURUNAN BERAT BADAN DAN MEMBAKAR LEMAK

Sepanjang latihan anda akan menjalani banyak aktiviti fizikal seperti menendang,menumbuk serta teknik - teknik menjatuhkan lawan.Aktiviti fikzikal ini tanpa anda sedari akan membantu anda membakar banyak kalori dan lemak dalam tubuh badan anda dan semestinya menyumbang dalam menurunkan berat badan anda.Anda mungkin tidak menyedari tentang ini sepanjang anda sedang fokus untuk belajar teknik - teknik asas seni mempertahankan diri yang anda sedang ceburi 


2. MEMBINA KEKUATAN MENTAL,DISIPLIN DAN FOKUS

Sepanjang latihan seni mempertahankan diri tidak dinafikan anda akan sentiasa diuji dengan pelbagai cara.Secara fizikal dan mental anda akan sentiasa menguji had ketahanan anda.Hari - hari yang dilalui mungkin agak memenatkan dan melemahkan mental anda,tetapi mahu tidak mahu anda harus menolak diri anda untuk terus bangkit dari kelemahan dan fokus kepada usaha untuk mengatasi kelemahan itu dan menjadikan anda seorang yang berusaha lebih gigih dengan mengamalkan disiplin yang tertentu sepanjang latihan dijalankan.


3. MENYALURKAN KEYAKINAN DAN KEBERANIAN DIRI

Mempelajari seni mempertahankan diri adalah berkenaan dengan cabaran.Mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran merupakan antara objektif latihan dijalankan.Semakin besar cabaran maka semakin gigih anda menjalani latihan.Keberanian dalam diri akan datang dengan sendiri dengan latihan yang telah dijalani.Tidak kisah sama ada bagaimana cabaran dan lawan yang anda akan hadapi,anda tetap akan berdiri dengan yakin beserta keberanian yang menyala untuk mengadapi lawan anda.Tidak kira dimana anda berada anda tetap yakin pada kemampuan diri anda hasil dari latihan yang anda telah jalani.


4. MENJAGA DAN  MENGEKALKAN BENTUK TUBUH BADAN

Berusaha sehingga ke had atau batas kemampuan diri yang tertinggi merupakan pekara yang normal dalam menjalani latihan mempertahankan diri.Ianya akan menjadikan anda seorang yang sentiasa berusaha keras untuk menjadi seorang yang lebih baik dengan mengukur kemajuan latihan pada kemampuan diri.Semestinya anda enggan untuk berada pada prestasi yang sama setiap kali beraksi.Setiap masa anda akan cuba untuk meningkatkan fizikal dan mental anda.Tubuh badan anda akan dilatih sehingga ke tahap limit nya disamping ianya dibentuk untuk menghadapi apa jua tekanan sepanjang perlawanan.


 5.MENJALINKAN SEMANGAT PAHLAWAN DAN MENAKLUKI CABARAN

Setiap kali kita tewas kepada pihak lawan ianya bukannya alasan untuk kita kecewa dan berhenti.Tetapi ianya merupakan sesuatu yang mampu menaikkan kita kembali beraksi dengan lebih baik dan lebih bersemangat untuk perlawanan yang seterusnya.Latihan yang dijalankan akan ditambah baik dan tahap persediaan mental akan dipertingkatkan juga.Seorang pahlawan akan bangkit dari kelemahan dan berlawan seperti juara.


6.MENGURANGKAN TEKANAN DAN MENINGKATKAN TAHAP TENAGA

Seni mempertahankan diri adalah salah satu cara terbaik untuk melegakan tekanan. Tidak ada yang lebih baik untuk anda melainkan dengan melepaskan tekanan semasa nada menendang pad,menumbuk dan sebagainya.Selain itu,tahap tenaga anda dari semasa ke semasa akan dipertingkatkan.Ianya akan menjadikan seorang yang boleh menghadapi tekanan lasak dalam jangka masa yang lama yang panjang. BRING IT ON !


7. BELAJAR MEMPERTAHANKAN DIRI UNTUK MENGHADAPI DUNIA SEBENAR

Setiap apa yang anda pelajari di dalam kelas boleh digunakan dalam dunia sebenar.Seni mempertahankan diri menyediakan diri anda untuk menghadapi lawan atau penyerang serta membentuk kepantasan dalam bertindak balas dalam suatu keadaan yang mendesak.Ianya juga mampu menyelamatkan nyawa anda dalam menghadapi suatu ancaman yang tidak dijangka.


8.MEMBAKAR LEBIH DARI 1000 KALORI DALAM MASA SEJAM

Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa dengan mengamalkan seni mempertahankan diri mampu membakar beribu - ribu kalori semasa membuat gerakan yang sama beratus - ratus kali dan semasa perlawanan.Ini belum termasuk semasa anda membuat senaman memanaskan badan dan menyejukkan badan.


9. JALINAN PERSAHABATAN YANG BERPANJANGAN

Tiada perkara yang lebih bermakna apabila anda dapat berkongsikan minat yang sama dalam satu kelas.Pergaulan anda semasa menjalani latihan memupuk persahabatan anda dengan meraka yang lain di sepanjang latihan.Perkongsian pengetahuan juga menyatukan pemikiran semua orang.Persahabatan yang anda temui dalam kelas semestinya akan diteruskan di luar kelas dengan menjalankan aktiviti lain seperti bercuti bersama - sama dan menjalani aktiviti yang lain.


10. KELANGSUNGAN PENINGKATAN DIRI DARI SEGI FIZIKAL, MENTAL. EMOSI DAN ROHANIAH

Setiap hari yang dilalui memberikan pelbagai cabaran yang baru.Ianya juga menggalakkan kita untuk memperbaiki dan meningkatkan diri sendiri.Selain itu menjadikan diri anda seorang yang positif dengan mengubah tabiat atau mentaliti yang buruk menjadi baik dan lebih baik.Seterusnya ianya mendekatkan kita dengan matlamat kita.

Seni mempertahankan diri banyak menjadikan ada seorang yang tabah dan tenang dalam menghadapi cabaran hidup.Tanpa disedari dengan menjalani latihan yang mencabar dan pelbagai banyak merubah diri anda.Kepada mereka yang belum meceburi bidang seni mempertahankan diri.Mulakan hari ini ! sahut cabaran ! jangan jadikan diri anda seorang pengecut yang sendiri lemah dalam diri dan dunia anda sendiri.

SUMBER : evolve-mma.com
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close