Tun Dr. Mahathir nama yang tidak asing lagi. Seorang individu yang paling di segani dan dikagumi oleh rakyat Malaysia.
Walaupun sudah 13 tahun bersara dari jawatan Perdana Menteri, namanya sentiasa menjadi buah mulut media tempatan mahupun antarabangsa.
Kejayaan seorang lelaki tak lain tak bukan ialah seorang isteri yang sentiasa memberi sokongan dan menjadi tulang belakang.
Pejam celik, Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah bakal meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 60 pada bulan Ogos ini.
Baru-baru ini, Marina Mahathir memuat naik status di Facebook tentang rahsia kebahagiaan rumahtangga ibu bapanya.
“Ketika ibu bapa saya memasuki era perkahwinan, mereka sudah memahami dan menerima dengan sepenuh hati kelakuan dan tabiat masing-masing.”
“Itulah rahsia sebenar kebahagiaan perkahwinan dan sentiasa memberi sokongan untuk mengekalkan hubungan mesra suami isteri.”
“Ibu bapanya contoh teladan seisi keluarga. Dari kecil dia dan adik beradik di ajar untuk cium dan peluk mak dan ayah. Datuk dan nenek akan cium dahi mereka setiap kali keluar rumah.”
Katanya lagi, setiap ahli keluarga mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain. Jadi, jika nampak Tun Mahathir dengan mana-mana gadis muda berpegangan tagan, itu semua cucu-cucunya.
“Pernah ada seorang ahli politik wanita cakap begini kepada Tun Mahathir, “Orang lelaki bernasib baik, mereka boleh jadi ahli politik tanpa perlu kebenaran dari isteri.”
“Ketika itu Mahathir menjawab, “Siapa yang kata?”
Dalam penghujung statusnya, Marina menyatakan, ibu bapanya bukan sahaja mesra berkomunikasi, malah saling mempunyai persefahaman dan suka berjenaka.
Apa yang pasti, kedua pasangan ini memang comel.
Blogger Comment
Facebook Comment