PELAWAK ANTARA YANG DITAHAN BANTU SIASATAN KES PENIPUAN PELABURAN
Pelakon dan pelawak terkenal merupakan antara 14 individu yang ditahan berhubung kes penipuan pelaburan membabitkan kerugian dipercayai sebanyak RM35 juta dalam beberapa siri tangkapan kelmarin.
Sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman turut menahan dua lelaki bergelar Datuk Seri yang juga dalang utama sindiket tersebut menerusi Operasi Nuri 2 di sekitar Melaka, Pahang, Kelantan dan Pulau Pinang.
Satu sumber berkata, Adlin Aman Ramlie, 44, ditahan polis di kediamannya di Cyberjaya pada pukul 2 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini untuk siasatan lanjut.
"Kita juga difahamkan pelawak itu berperanan melindungi dalang utama serta menyediakan tempat tinggal dan kemudahan lain.
"Kesemua suspek terdiri daripada sembilan lelaki dan lima wanita yang berusia lingkungan 28 hingga 58 tahun itu kini ditahan bagi membantu siasatan," katanva ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Menurut sumber itu lagi, bagi tempoh awal tahun hingga kini sebanyak 175 laporan polis berhubung penipuan itu diterima membabitkan kerugian sebanya k RM10.5 juta.
"Dalam tangkapan itu, pihak polis turut merampas sembilan buah kenderaan pelbagai jenis antaranya Honda Accord, Volkswagen, Toyota Caldina, Toyota Prius, Toyota Vios, Proton dan Range Rover Evoque .
"Selain kenderaan, kita juga merampas barang kemas, beg berjenama, buku bank, kad bank, borang pelaburan, telefon bimbit dan komputer riba bagi membantu siasatan," ujarnya.
Difahamkan, satu sidang akhbar akan dibuat berhubung kejayaan itu oleh polis di Ibu Pejabat JSJK, Menara 238, Jalan Tun Razak hari ini.
Sumber- Kosmo
loading...
loading...
Blogger Comment
Facebook Comment