Shila Amzah Bongkar Status Bila Fasha Sandha nak Kahwin?

Untuk pengetahuan semua sebelum ini pelakon popular Fasha Sandha memberitahu yang dia kini sedang hangat berkawan rapat dengan seorang lelaki, tetapi yang pastinyaidentiti jejaka itu masih menjadi teka-teki dan persoalan netizen

Apa yang best ketika Fasha menghadiri sebuah majlis baru-baru ini di sebuah hotel ternama di Kuala Lumpur, Fasha ada memuat naik gambar lelaki dimaksudkan dan menjadi teka teki netizen itu.


Menerusi penelitian netizen gambar tersebut, Fasha meletakkan hashtag ‘i miss you’ sekaligus dia menguatkan lagi spekulasi bahawa pasangan ini tengah hangat bercinta dan mungkin cuba merahsiakan hubungan mereka.

Yang menariknya ternyata lelaki atau digelar sebagai ustaz Rock terbabit nampak segak bukan calang-calang orang. Orangnya pula bukan saja tampan, malah wajahnya juga sangat redup. Bak kata orang, sejuk mata memandang.

Agaknya Tak Sabar Nak Kahwin

Yang menjadi persoalan pada majlis yang sama, penyanyi popular Shila Amzah yang pernah menjuarai pertandingan di negara China ini telah memuatnaik satu gambar mereka bertiga bersama Fasha dan Fara Fauzana dengan ayat :

“Kecoh meja 29, masing masing tak sabar nak kawin 😅

Cuba korang teka apakah yang dibualkan oleh kami sepanjang majlis ?”



Ayat ini juga disertakan dengan nama Fara Fauzana dan Fasha Sandha, persoalannya sekarang adakah benar mereka berdua sedang sibuk bercinta dan merancang untuk berkahwin dan waktu terdekat ini? 

Kalau benarlah lelaki yang dimaksudkan iaitu Ustaz Rock, rasanya memang sepadan. dan sekarang sekurang-kurangnya Fasha telah membuka ruang hatinya untuk menerima pengganti sebagai suami. 

Sumber Instagram Shila Amzah, Fasha Sandha


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close