Lelaki yang bernama Rocco Al Mubarak sekali lagi yang menjadi viral, selepas video taranum masuk gaji yang menjadi viral sebelum ini.
Semalam beliau sekali lagi bertaranum selepas Selangor berjaya menewaskan JDT 2-1 dalam perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
"Syukran malam ini Selangor menang. Mari semua kita minum dekat mamak". Rocco atau nama sebenarnya Irwan Effendy Bahtiar juga sempat bertaranum memberi sokongan kepada pasukan Selangor.
"Jangan give up..Andik masuk kasi settle". Selepas itu pemain sandaran Selangor kemudian menjaringkan gol kedua untuk memastikan kemenangan pasukan Selangor. Rocco berkata dua video taranum itu atas permintaan orang ramai terutama di laman sosial.
Mengikutnya lagi, sebenarnya dia hanya menggerakan mulut namun taranum itu dilakukan individu lain. “Apa yang saya buat ketika rakaman itu hanyalah mengikut skrip. Saya sekadar miming (membuat pergerakan mulut),” - www.kakishare.my
FACEBOOK: HERBAL RIMBA
Sumber : kaki share
Blogger Comment
Facebook Comment