'Melayu Gila Sungguh..Orang Cina Susah Pun Tolong" - Mr. Potato Kongsi Kisah Wanita Melayu Tolong Budak Cina Beli Mesin Basuh


Rasanya semua mungkin sudah kenal dengan En. Kentang ataupun nama sebenar beliau Kuan Chee Heng. Lelaki berbangsa Cina ini sangat terkenal dengan membantu mereka yang dilanda kesusahan tanpa mengira bangsa ataupun agama. 

Malah program-program yang dikendalikan oleh Kuan Chee Heng dilihat sangat membantu mereka yang memerlukan seperti program rumah RM1 dan juga pasar RM1. 

Pada 5 Ogos lalu, Kuan telah berkongsi satu kisah yang telah menyentuh ramai netizen. Kuan pernah memuat naik satu status mengenai seorang budak lelaki Cina yang sedang gigih membasuh pakaian dengan menggunakan tangan. Baru sahaja status tersebut dimuat naik tampil seorang wanita ingin membantu budak lelaki tersebut. 

Seorang wanita Melayu bernama Fauziah telah tampil untuk membeli mesin basuh kepada kanak-kanak tersebut. Berikut adalah perkongsian penuh yang dimuat naik oleh En. Kentang tersebut. 


Menerusi perkongsian tersebut, Fauziah telah bertanyakan berapakah anggaran untuk membeli sebuah mesin basuh dan wanita tersebut telah memberi sejumlah wang kepada Kuan untuk membelikan sebuah mesin basuh untuk budak lelaki tersebut. 


Susulan itu, Kuan telah menjalankan amanah yang telah diberi kepadanya dan membeli sebuah mesin basuh. Menurut Kuan lagi, budak lelaki tersebut tidak perlu lagi bersusah payah membasuh pakaian menggunakan tangan setelah dua tahun dia berbuat demikian. 

Netizen sangat terharu dengan tindakan Fauziah dan Kuan dalam membantu kanak-kanak tersebut. Malah ada berpendapat bahawa rakyat Malaysia sangat membantu antara satu sama lain. 


Tahniah diucapkan kepada Fauziah dan Kuan yang sanggup membantu kepada sesiapapun tanpa mengira agama ataupun bangsa. Inilah baru Malaysia yang harmoni. 


FACEBOOK HERBAL RIMBA


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close