Mak bapa tidak peduli tiga anak mereka dalam kekotoran di rumah



SEDIH - satu cerita sedih  tiga kanak-kanak telah di tinggalkan dalam bilik yang tidak bersih (rumah kedai) dan tidak terurus serta makan kerak nasi,baru ini viral di FB netizen memberi pendapat amat kejam berlaku kepada tiga beradik ini

Gambar yang dimuat naik oleh Julian Abd Razak itu menunjukkan adik-beradik masing-masing berusia 6 tahun, 4 tahun dan 2 tahun ditinggalkan oleh ibu bapa mereka dalam keadaan yang amat menyedihkan. 

Pendapat julian, ketiga-tiga kanak-kanak itu sudah beberapa hari tidak mandi dan hanya makan kerak nasi yang dicampur dengan kicap sahaja. 

"Anak-anak mereka berkata mak bapa mereka berkerja tetapi tidak ambil peduli anak dahulu sebelum pergi bekerja. Tiga beradik ini hanya ditinggalkan begitu sahaja, bergelumang dengan najis di atas tilam. 

"kejadian ini berlaku di johor bahru sebab ibu mereka bekerja di salah sebuah kilang di Gelang Patah. Dan bapa mereka telah diamanahkan untuk menjaga tiga beradik ini. Tetapi ditinggalkan dalam keadaan yang tidak terurus," katanya.
Pendapat Julian, mereka tiga beradik yang tidak terjaga oleh mak bapa mereka itu hanya diketahui semalam selepas salah seorang jiran mereka terdengar bunyi pinggan pecah ldan terus pergi melihat keadaan mereka. 

Disebabkan viral itu, pihak JKM Johor Bahru bersama dengan anggota Polis Cawangan Larkin telah datang ke kediaman tersebut. 

"Anak ini sudah mendapat perhatian JKM dan telah dipindahkan ke Pusat Jagaan Kanak-Kanak di Sultanah Aminah. Syukur pada Ilahi dipermudahkan segala urusan," katanya pada jam 4.53 petang semalam.

Di dalam facebook julian berkomen, Julian berkata pasangan berkenaan yang balik pada waktu malam hairan apabila mendapati anak-anak mereka tiada di dalam bilik, sebelum dimaklumkan oleh pemilik tempat itu mengenai apa yang berlaku.

"Walaupun balik pada waktu malam dan jiran tempat itu memaklumkan kepada mereka apa yang telah berlaku. Pada awalnya ibu bapa mereka tidak mahu mengaku, kononnya terpaksa tinggalkan anak sebab ada kursus. Namun kejadian ini bukan kali pertama berlaku. 

"Selepas itu mak nya bertanya di mana anak-anak dia. Pemilik tempat itu memaklumkan anak-anaknya telah diambil oleh pihak JKM dan dibawa ke pusat jagaan kanak-kanak. 

"Terus mak bapa mereka menangis dan sedih sebab kematian anak selepas dimaklumkan. mak mereka berkata, dia sayangkan anak-anaknya dan tiga beradik itulah semangat dia untuk hidup dan tidak sanggup berjauhan dan mereka tidak pernah berpisah. 

"Kami hanya mampu tengok saja 'drama sedih' itu, sebelum ditenangkan oleh pemilik tempat itu. Dalam masa yang sama dia berkata dia menyesal buat anak-anaknya begitu.


"Julian berkata mereka berdua sudah mendapat pengajarannya. Menurut info dari JKM, mereka tidak boleh berjumpa dengan tiga beradik itu buat sementara waktu," katanya.


sumber The reporter dan julian


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close