Jemaah Haji Indonesia Ini Laung "AllahuAkbar" Selepas Dakwa Nampak Malaikat Jibril


Penglihatan kita sebagai manusia sudah tentu terbatas dari melihat alam ghaib atau makhluk seperti jin dan sebagainya. Namun ada juga segelintir orang mendakwa mampu melihat makhluk ghaib selepas hijab matanya dibuka. 

Terbaru pada Selasa lalu, seorang jemaah haji tiba-tiba menjadi histeria sambil melaungkan "Allahu Akbar" di hadapan Kaabah kerana mendakwa ternampak Malaikat Jibril.

Kerana keadaannya yang tidak menentu, lelaki warga emas itu dibawa ke Klinik Kesihatan Haji Indonesia yang terletak di Mekah.

"Saya nampak Malaikat Jibril di Kaabah tadi" kata jemaah itu.

Memetik Rancahpost lelaki itu terus berteriak sambil menyebut nama anaknya satu persatu iaitu "Malik, Syarif, dan Yusuf". Tidak jauh dari lelaki yang histeria itu, kelihatan seorang wanita sedang menangis melihat keadaan suaminya itu yang tidak sedarkan diri.

"Abi, abi..." jerit wanita itu sambil menangis.

Setelah diperiksa oleh petugas kesihatan, jemaah haji terbabit sah mengalami serangan jantung dan terpaksa dikejarkan ke salah sebuah hospital yang terdapat di Arab Saudi.

Namun yang menjadi misteri, apakah sebenarnya yang dilihat oleh lelaki itu? Kata orang, sesetengah "manusia terpilih" akan diberi kelebihan untuk meilhat perkara ghaib. Pernahkah anda melihat hantu atau jin? Jika pernah, jom kongsikan pengalaman anda. - www.kakishare.my

FACEBOOK: HERBAL RIMBA


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close