Gadis Ini Kongsi Pengalaman Kena Rompak Dekat Setia Alam Ketika Cuci Rambut


Jenayah ragut dan rompak di siang hari kini semakin banyak berlaku. Penjenayah ini semakin berani melakukan kegiatan jahat mereka. Seorang wanita baru-baru ini berkongsi kisah apabila dia dan ibunya telah dirompak ketika berada di dalam sebuah kedai dandanan rambut di Setia Alam. 

Wanita tersebut berkongsi pengalaman ngeri di laman Facebooknya sebagai amaran kepada semua wanita. Ketika kejadian itu, seorang lelaki telah masuk ke salon berkenaan dan berpura-pura mahu mewarnakan rambut. Pemilik kedai tersebut berasa curiga dan menolak permintaan lelaki tersebut tetapi dia enggan pergi. 

Malah lelaki tersebut berjalan masuk ke bahagian belakang salon berkenaan dengan alasan mahu menggunakan tandas. Lelaki tersebut kemudian masuk ke belakang dan memberi tanda 'masuk' kepada dua orang lelaki lain yang sedang menunggu di luar. 


Salah seorang lelaki tersebut mengeluarkan parang dan meminta pemilik kedai salon itu menyerahkan  duit serta telefon bimbit. Lelaki tersebut juga mengarahkan pemilik kedai itu mematikan aplikasi  'Find My Iphone' untuk mengelakkan dari dikesan. 

Mereka kemudian berjalan ke arah Eunice dan emaknya yang ketika itu sedang mendapat rawatan rambut dan meminta mereka menyerahkan duit, barang kemas dan juga telefon. Namun, ketika perompak tersebut bergegas untuk melarikan diri, salah seorang perompak tertinggal sebuah bag. 

Ketika diperiksa beg tersebut juga mengandungi dadah. Apa yang membuatkan pemilik kedai tersebut hairan adalah pintu yang dibuka oleh perompak berkenaan hanya boleh dibuka melalui alat kawalan dan ini membuatkan pemilik tersebut percaya yang mereka menggunakan alat khas untuk membuka pintu tersebut. 

Eunice juga meminta orang ramai jika terdapat sesiapa mahu menjual telefon bimbit Oppo R9s dan Oppo F1s supaya meminta hubungi dirinya. Jadi jika sesiapa yang terjumpa dengan perompak ini, sila berhati-hati dan memaklumkan pihak polis mengenai mereka. 



Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close