Bella Astillah Dedah Punca Masalah Displin Aliff Aziz Di Set Penggambaran
Isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astillah akui suaminya ada datang lambat ke lokasi penggambaran Izinkan Aku Mencintaimu.
Namun begitu Aliff Aziz lambat datang bukannya saja-saja tetapi ada sebabnya.
Dikatakan Bella sebenarnya merupakan pengurus Aliff Aziz dan Bella memberitahu Aliff bukan selalu lewat ke set drama terbabit.
Kelewatannya bersebab bukannya sengaja.
Ini komen Bella:
AKUI LAMBAT TETAPI ADA SEBAB
"Saya akui dakwaan Afifah mengenai kelewatan Aliff ke lokasi penggambaran, namun ia bukanlah kerap berlaku. Saya sendiri mengandung ketika itu dan pastinya ada hal tak terduga yang membuatkan suami terlambat ke lokasi"
"Dia (Afifah) memang ada menyebut masalah disiplin suami saya secara terang-terangan ketika berlangsungnya sidang media diadakan.
8 HARI TAK DATANG, ALIFF TEMAN BELLA
"Kalau lapan hari dia tak datang ke lokasi penggambaran (drama) itu, bayangkan saya sedang sarat mengandung dan menunggu masa untuk bersalin. Sebagai suami, pastinya dia mahu temankan isterinya. Saya percaya, semua suami akan melakukan hal sama.
ALIFF JUGA ADA KELUARGA
"Mengenai cadangan produksi supaya pelakon tinggal di inap desa pula, kalau dia (Afifah) cakap tidak mahu menetap di sana kerana nak balik ke rumah sendiri, apakah dirinya sendiri tak fikir Aliff juga mempunyai keluarga? Aliff perlu balik untuk bertemu isterinya juga,"
Oleh itu, dari apa yang Bella katakan, ketika Aliff Aziz tidak datang ke set, ianya adalah untuk menunggu isterinya sedang sarat mengandung.
Bella selamat melahirkan bayi pertamanya pada 8 Julai yang lalu.
Bella berkata demikian ketika mengulas dakwaan Afifah seperti yang dilapor oleh Berita Harian
Sumber: BH
Sumber : berita memey
Blogger Comment
Facebook Comment