Rasanya ramai yang tergila gilakan Fattah Amin yang bakal menjadi hero dalam cerita Coffe Prince versi Malaysia itu adalah dari golongan wanita. Namun, baru-baru ini seorang budak sekolah juga turut menjadi perhatian kerana sangat mengagumi pelakon tersebut.
Kanak-kanak itu, Mohammad Reezqi Rayqal yang baru sahaja berumur 6 tahun menjadikan Fattah sebagai idola. Memetik mStar Online, budak tersebut terlalu meminati Fattah sehingga sanggup meniru setiap gaya aktor lelaki terbabit.
Malah, kanak-kanak itu sanggup merayu kepada ibu bapanya untuk ke Kuala Lumpur hanya untuk bertemu dengan Fattah Amin. Menurut ibunya, Wan Hanim, anaknya itu mula 'jatuh hati' dengan Fattah selepas menonton drama popular Suri Hati Mr Pilot.
"Sudah beberapa kali bawa dia jumpa Fattah ketika pelakon itu ada sesi bertemu peminat, mujur kami ada saudara mara di sini (Kuala Lumpur). Dia memang sangat meminati Fattah hingga setiap hari dia tidak pernah terlupa untuk menonton drama lakonan Fattah.
"Lagu Fattah pun dihafal, cuma buku dan novel sahaja dia masih belum pandai membaca,"
Lagi best, adik ini akan memanggil semua lelaki yang dirasakannya kacak sebagai Fattah Amin.
"Kalau berjalan di luar, mana-mana lelaki putih dan kacak dia panggil Fattah, kadang-kadang kami yang terkejut. Nama dia pula diminta panggil Tengku Ean macam dalam drama Hero Seorang Cinderella," tambah ibunya lagi.
Amboi adik ni, kalah peminat tegar Fattah Amin ni. Ni baru peminat no.1 kan?
FACEBOOK HERBAL RIMBA
Sumber : kaki share
Blogger Comment
Facebook Comment