Wanita Ini Dedah Pengalaman Ditipu Bengkel Kereta Kenakan Caj Melampau Sehingga RM4000!


Kuasa internet dan sosial media sangat berkesan untuk berkongsi keadaan sebenar jika tidak disalah guna. Bagi seorang wanita ini, dia menggunakan media sosial untuk menyebarkan amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati agar tidak menjadi mangsa penipuan oleh bengkel kereta seperti yang dialaminya. 

Nasib agak malang bagi Norshaheera Jamaludin kerana mengalami kerugian yang amat besar selepas ditipu oleh mekanik kereta yang tidak jujur. Beliau telah pergi ke bengkel yang terletak bersebelahan sebuah kuil di Sungai Petani dan berkongsi kisahnya di laman Facebook pada 1 Julai lalu. 

Mekanik bengkel tersebut telah mengenakan caj yang melampau sehingga RM4010 untuk menukar karburator kereta Kancil 660cc. Pihak bengkel tersebut menulis resit dengan pelbagai barang alat ganti untuk kereta Kancil tersebut dimana mereka tidak menukar sebarang alat ganti pun! Malah lebih teruk lagi karburator Kancil yang bengkel tersebut nak tukar tapi sebenarnya bengkel tersebut tidak menukar sebarang alat! 


Wanita tersebut juga mendakwa sebelum ini dia pernah menghantar kereta Proton ke bengkel yang tidak beretika ini dan dia tidak menyedari selama ini dirinya telah ditipu! Setelah status Norshaheera menjadi viral di media sosial, ada segelintir netizen turut berkongsi mereka juga pernah ditipu oleh bengkel yang sama. 

Salah seorang lelaki yang berkongsi ditipu bengkel berkenaan berkata: 

Pada satu hari kereta saya rosak di tengah jalan. Lori tunda telah membawa kereta ke bengkel yang sama untuk dibaiki. Keesokan harinya saya pergi ke bengkel tersebut dan saya dapati enjin kereta telah dikeluarkan. 


Saya guna kereta kancil juga. Bila ditanya mana barang-barang yang telah dikeluarkan mereka berpura-pura mencari alat yang telah dikeluarkan tetapi mereka kata dah hilang. Akhirnya saya pula yang terpaksa membayar RM1000'

Nasihat kepada yang menggunakan kenderaan hendaklah sentiasa berhati-hati apabila menghantar kereta ke bengkel luar. Pastikan bengkel tesebut boleh dipercayai. Kita pun tak tahu sama ada mereka mahu menipu atau mengenakan caj yang tidak munasabah. 



Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close